Apr 5, 2011
[USAHA] Tugasan U1 - Cita-Cita Pengakap
[USAHA] Tugasan U1 - Cita-cita Pengakap
1. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai bendera Malaysia dan bendera Pulau Pinang daripada mana-mana sumber seperti laman web, buku teks, buku rujukan, panduan kerajaan dan catatkan maklumat.
• Anda juga dikehendaki melukis dan mewarnakan kedua-dua bendera dalam catatan anda.
2. Anda dikehendai mencari maklumat mengenai Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang daripada mana-mana sumber seperti laman web, buku teks, buku rujukan, panduan kerajaan dan catatkan maklumat.
• Anda juga dikehendaki melampirkan portrait orang yang berkenaan ke dalam catatan anda.
3. Anda dikehendaki menghafal Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap dan kemudiannya menulis dalam catatan anda.
4. Anda dikehendaki mendapatkan lirik lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang “Untuk Negeri Kita” dan masukkan ke dalam catatan anda. Anda juga perlu menyanyikannya sekurang-kurang 2 kali dalam aktiviti pengakap.
• Kemudian anda dikehendaki melengkapkan borang U1 yang ditandatangani oleh mana-mana pengakap remaja untuk mengesahkan pelaksanaan anda.
5. Anda dikehendaki menjalani Istiadat Mengibarkan Bendera sekurang-kurangnya 3 kali dalam aktiviti pengakap (dalamnya mesti ada nyanyian lagu Negaraku, negeri dan melafazkan persetiaan).
• Kemudian anda dikehendaki melengkapkan borang U1 yang ditandatangani oleh mana-mana pengakap remaja untuk mengesahkan pelaksanaan anda.
• Anda juga dikehendaki mencatatkan proses atau perjalanan Istiadat tersebut berserta dengan gambar foto anda melaksanakan.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NTg1NDdkNGItMWU5OS00OGM1LTk5YzMtNGEyZWFmYjZlMTk1;hl=en
[USAHA] Tugasan U2 - Kecergasan Dan Kesegaran Jasmani
[USAHA] Tugasan U2 - Kecergasan Dan Kesegaran Jasmani
1. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Asas Perbarisan: masuk baris, senang diri, rehatkan diri, ke kanan lurus pandang depan, keluar baris, bersurai, ke kanan pusing, ke kiri pusing, ke belakang pusing, buka barisan, tutup barisan, langkah ke sebelah dan paras.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang U2.
2. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Kawat Tongkat: rehatkan diri, senang diri, sedia, baring tongkat, angkat tongkat, kalih tongkat dan hormat dengan tongkat.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang U2.
3. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Arahan Isyarat Tangan Pengakap: rehatkan diri, senang diri, sedia, keluar baris, barisan tertutup, barisan terbuka, tapak kuda, bersurai.
• Anda perlu melukiskan cara anda melakukan.
4. Anda dikehendaki melalui dengan jayanya lima daripada lapan halangan komando yang disediakan. Jenis-jenis halangan ialah : mengayut tali, merangkak komando, meniti goyang, merangkak bawah jala, maniti capak, memanjat tembok / tali, melalui terowong, menggayut monyet / tali.
• Gambar foto berkenaan aktiviti anda hendak dimasukkan.
• Melengkapkan borang U2.
5. Anda dikehendaki melipat Bendera dengan kemas dalam bentuk segi empat dan segi tiga.
• Tunjukkan cara anda melipat
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NmUwNzdlMzAtMDdkMy00NTU0LWEwY2ItZTRkZjc5MDg0OTVl
[USAHA] Tugasan U3 - Kemahiran Berpengakap 1
[USAHA] Tugasan U3 - Kemahiran Berpengakap 1
1. Anda dikehendaki mendapatkan sebilah parang atau golok dari bilik stor pengakap dan membawa balik untuk mengasah serta menyerenggara senjata tersebut dengan cara yang betul.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto semasa anda mengasah parang atau melukiskan langkah-langkah mengasah.
• Selepas itu, anda dikehendaki pulangkan senjata yang telah diasah tersebut kepada bilik stor.
• Melengkapkan borang U3-B1
2. Anda dikehendaki membuat satu pancang daripada kayu dan membuat satu pancang daripada buluh.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap proses dan hasil pancang yang siap.
3. Anda dikehendaki membuat satu Papan Ikatan yang bersaiz tidak melebihi 2kaki x 2kaki yang terkandung ikatan berikut serta fungsi:
• Simpul himpit (fisherman’s knot)
• Simpul pulih (sheep shank)
• Bunga geti ganda (double sheet bend)
• Lilit balak (timber hitch)
• Lilit ‘taut-line’ (taut-line hitch)
• Ikatan seraya (square lashing)
• Ikatan serong (diaganol lashing)
• Anda dikehendaki mengambil gambar papan yang siap tersebut
4. Anda dikehendaki menerangkan Undang-undang Lalulintas dan melukiskan papan tanda lalulintas
5. Anda dikehendaki menerangkan faktor penting untuk memilih satu tapak perkhemahan yang selamat.
• Anda dikehendaki melakarkan sebuah bentuk tapak perkhemahan
6. Anda dikehendaki menyenaraikan barang yang diperlukan untuk menghadiri ke perkhemahan sekurang-kurang 20 benda. Anda juga dikehendaki menunjukkan cara untuk menyusun barang tersebut ke dalam beg galas.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/=0B6k3lX6jF479M2Q1MThmMGItNjFjYS00NmZlLWJkNmMtODlkMmZiYWNmMjY3
[USAHA] Tugasan U4 - Kemahiran Berpengakap 2
[USAHA] Tugasan U4 - Kemahiran Berpengakap 2
1. Anda dikehendaki menyenaraikan peralatan dan ubat yang dikehendaki dalam Peti Pertolongan Cemas.
2. Anda dikehendaki menghidupkan api di luar rumah atau semasa aktiviti dan juga memasak untuk diri sendiri.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk aktiviti menghidupkan api ini.
3. Anda dikehendaki mendirikan dan menurunkan khemah.
• Anda dikehendaki menunjukkan langkah-langkah untuk mendirikan khemah.
• Anda dikehendaki menyenaraikan cara yang betul untuk menyimpan khemah.
• Melengkapkan borang U4
4. Anda dikehendaki berkhemah diluar bersama dengan pengakap lain dalam aktiviti pengakap dan di dalam khemah sekurang-kurangnya semalam.
• Anda dikehendaki menyediakan laporan berkhemah tersebut dan gambar foto untuk membuktikan.
• Melengkapkan borang U4
5. Anda dikehendaki menerangkan dan menyenaraikan apa itu Arah Mata Angin, Kompas serta Peta Topo.
6. Anda dikehendaki menyediakan dan menyenaraikan 20 isyarat sulit pengakap yang menggunakan kayu, batu atau di atas tanah.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479N2QxNDRmYmQtZjZiOS00ODRhLTlhNjYtOGY5MTdiYmQ4Njlk
[USAHA] Tugasan U5 - Kecenderungan dan Minat
[USAHA] Tugasan U5 - Kecenderungan dan Minat
1. Anda dikehendaki membuat satu kraftangan dengan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.
2. Anda dikehendaki membuat satu plaster cast dan melukiskan tapak-tapak haiwan.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto bagi plaster cast yang telah siap.
3. Anda dikehendaki menyenaraikan 12 sahabat atas talian (online friends)
• Anda dikehendaki meberikan butir-butir 12 sahabat anda.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NTM0OWU3ZTAtZDg0NS00ZWE2LWFhMzAtNTU4YThlYWZiNWIx
[USAHA] Tugasan U6 - Perkhidmatan
[USAHA] Tugasan U6 - Perkhidmatan
1. Anda dikehendaki melakukan dengan betul ikatan balutan anduh berikut:
• Melipat kain anduh
• Membalut kepala
• Membuat anduh besar
• Membalut tangan
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi semua balutan yang telah anda buat pada kawan anda.
2. Anda dikehendaki menyenaraikan tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya kemalangan di jalan raya, kebakaran, luka, sengatan binatang dan pitam.
• Anda juga dikehendaki menuliskan dialog semasa anda menghubungi 999.
3. Anda dikehendaki menyenaraikan di manakah tempat-tempat berikut:
• Balai Polis yang berdekatan
• Balai Bomba yang berdekatan
• Perhentian Bas yang berdekatan
• Hospital yang berdekatan
• Klinik yang berdekatan
• Balai Bomba Sukarela yang berdekatan
• Rumah Berhala yang berdekatan
4. Anda dikehendaki memandu dan menunjukkan jalan kepada orang yang baru sampai.
• Anda dikehendaki menunjukkan jalan dari Jeti Feri ke SMJK Chung Ling Butterworth.
• Anda dikehendaki melukis peta keseluruhan tersebut dan tempat-tempat yang penting.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ZWIzOGQ5YjgtNTM4OS00ODc1LWJmNTQtYTBkNDQ0NjM2MzI5
[USAHA] Tugasan U7 - Ekspedisi 8KM
[USAHA] Tugasan U7 - Ekspedisi 8KM
ARAHAN DAN TUGASAN
UJIAN PENGEMBARAAN 8KM – LENCANA USAHA
Peraturan Ekspedisi
Undang-Undang Pengakap dan Peraturan Lalulintas merupakan Peraturan Utama Ekspedisi ini . Berpakainan seragam lengkap pengakap adalah diwajiban sepanjang ekspedisi. Imej pengakap hendaklah dijaga. Keselamatan harus diutamakan.
Arahan
Anda dikehendaki membawa bekalan sendiri dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa ujian pengembaraan dijalankan. Anda mestilah menghabiskan perjalanan anda dalam masa 6 jam.
Perjalanan ______/_______/__________ (Hari: )
1. Ekspedisi anda bermula dari SMJK Chung Ling Butterworth.
2. Dari sekolah, anda berjalan ke arah Raja Uda dengan melalui Jalan Ong Yi How.
3. Dari Raja Uda pula anda dikehendaki berjalan menuju ke arah selatan dengan melalui Pusat Bomba Sukarela Raja Uda, SRJK(C) Kwang Hwa, Pizza Hut Raja Uda sehingga ke persimpangan Jalan Telaga Air.
4. Bersambungan dengan itu, anda meneruskan perjalanan ke arah selatan dengan menggunakan Jalan Siram sehingga anda sampai ke Kilang Minuman F&N.
5. Seterusnya, anda dikehendaki pergi ke Balai Polis Trafik Butterworth, Padang Belia, dan Bangunan Haji Ahmad Badawi.
6. Kemudian anda dikehendaki menuju ke arah utara sehingga anda tiba di Persimpangan Jalan Bagan Ajam dengan Jalan Thambi Kechil. Sepanjang perjalanan tersebut anda diwajibkan melalui Wisma Peladang, Mahkamah Tempatan Butterworth, Pusat Latihan Pertahanan Awam(PULAPA).
7. Dari persimpangan tersebut, anda dikehendaki menuju ke arah timur untuk tiba ke Jalan Raja Uda.
8. Setelah anda sampai di Persimpangan Jalan Thambi Kechil dan Jalan Raja Uda, anda dikehendaki kembali ke tempat permulaan, iaitu SMJK Chung Ling Butterworth.
9. Anda dikehendaki melapor kepada penguji setelah anda tiba di tempat permulaan. Masa yang diambil sepanjang perjalanan tersebut tidak boleh melebihi 6 jam.
Tugasan
1. Dapatkan Kebenaran Bertulis daripada Ibu bapa, Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
2. Maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah tentang ekspedisi ini dan kebenaran beliau.
3. Sediakan Surat Makluman Ekspedisi untuk ditunjukkan kepada sesiapa yang berkanaan sekiranya perlu semasa ekspedisi dengan ditandatangani oleh pihak Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
4. Sediakan laporan bertulis berasakan “apa, di mana, siapa, mengapa, bila, dan bagaimana” dengan kepilkan peta perjalanan. Peta perjalanan hendakalah disediakan dengan jarak 1km sekeping dengan Utara menuju ke atas. Gunakan petunjuk yang sesuai. Nama jalan dan sungai yang dilalui mestilah di masukkan dalam peta. Tanda-tanda tanah (Landmark) hendaklah ditunjukkan dengan jelas.
5. Laporkan bagaimana ekpedisi ini dirancang dan bagaimana tugas diagih di kalangan peserta ekspedisi.
6. Sediakan Akaun Perbelanjaan Ekspedisi anda bersama resit. Setiap peserta tidak boleh berlanja melebihi RM5 seorang. Tongkat pengakap adalah diwajibkan membawa.
7. Sediakan Laporan Cuaca selang 1 jam untuk perjalanan ekspedisi.
8. Sediakan Borang Check Point untuk ditandatangan oleh Pengawai Polis dan Bomba atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai sebagai bukti perjalanan, contoh Bangunan Kerajaan, Sekolah, Stesen Minyak.
9. Lakarkan pendangan luar 2 tokong cina atau mana-mana 2 bangunan yang dianggap penting.
10. Mengganggarkan ketinggian 1 bangunan yang dianggap penting, bangunan tersebut mesti melebihi 10m, dan tunjukkan kaedah yang digunakan kaedah yang digunakan oleh setiap pengakap mesti berbeza.
11. Ambil gambar yang menunjukkan setiap aktiviti atau peristiwa sepanjang ekspedisi anda.
12. Sediakan kajian tentang sekitar Bagan Luar dengan tidak kurang daripada 200 patah perkataan.
13. Laporan yang dikemukakan dalam buku log hendaklah berbeza dan tidak boleh disalin sesama peserta.
14. Buku Log penuh ekspedisi hendaklah dihantar pada atau sebelum 2 minggu selepas ekspedisi.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MjgxMWJjYjItYWYzZC00NzE1LWIwMDMtNjM0OWFiZDQwYmU0

[USAHA] Tugasan U8A - Lencana Ahli Sukan
[USAHA] Tugasan U8A - Lencana Ahli Sukan
1. Anda dikehendaki memilih LIMA acara daripada bahagian ini, sekurang-kurangnya SATU daripada setiap kumpulan dengan mendapat darjah yang minimum.
• KUMUPLAN A
100 meter 15 saat
200 meter 34 saat
400 meter 80 saat (1M 20S)
800 meter 190 saat (3M 10S)
1500 meter 370 saat (6M 10S)
• KUMPULAN B
Lompat tinggi 1.10 meter (3’7.5”)
Lompat jauh 3.65 meter (12’ 0”)
• KUMPULAN C
Cakera (1 Kg) 16.50 meter (54’ 2”)
Peluru (4 Kg) 7.30 meter (23’ 11”)
Bola Kreket (135 gm) 41.20 meter (135’ 2”)
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ODMyY2Q3MWMtYTg4OC00MGU3LWE0NjUtMjY5NGM5NTY0YzE0
[USAHA] Tugasan U8B - Lencana Jurumasak di Khemah
[USAHA] Tugasan U8B - Lencana Jurumasak di Khemah
1. Anda dikehendaki memasak Roti lilit, nasi dalam buluh dan pan cake untuk anda dan seorang kawan anda.
2. Anda dikehendaki memasak dan menghidangkan ayam panggang untuk 4 orang.
3. Anda dikehendaki memasak dan menghidangkan ikan panggang untuk 4 orang.
4. Anda dikehendaki memasak dan menghidangkan telur panggang untuk 4 orang.
5. Anda dikehendaki memasak dan menghidangkan jus tembikai untuk 4 orang.
6. Anda dikehendaki menyediakan menu makanan berdasarkan makanan yang anda telah masak.
7. Anda dikehendaki mengambil gambar foto setiap hidangan anda. Lengkapkan borang U8B.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479YjQ1YzdmZmQtOTZjNC00YTVlLWJkZTktMGI5MGJiOGQ3Zjg2
[USAHA] Tugasan U8C - Lencana Ahli Koleksi Hobi
[USAHA] Tugasan U8C - Lencana Ahli Koleksi Hobi
1. Anda dikehendaki mengumpul sekurang-kurangnya satu barang daripada berikut:
• Setem
• Syiling
• Mata wang
• Tin Coca-cola
• Rantai Kunci
• Sampul Surat Hari Pertama (First day cover)
• Siput
• Lain-lain
• Anda dikehendaki mengambil gambar untuk semua barang koleksi anda tersebut.
2. Anda dikehendaki menerangkan sejarah atau perkara yang berkaitan dengan barang koleksi anda.
3. Anda dikehendaki mengumpul benda pengakap seperti berikut:
• Wogel
• Skraf Pengakap
• Majalah Pengakap
• Lencana Pengakap (Besi/Kain)
• Barang-barang pengakap yang lain
• Anda dikehendaki mengambil gambar untuk semua barang koleksi anda tersebut.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MmJlNTBlNDEtNjM3OS00ZThmLWE4MjEtNTA1YzY3ZjEwMTYy
[USAHA] Tugasan U8D - Lencana Penunggang Basikal
[USAHA] Tugasan U8D - Lencana Penunggang Basikal
1. Anda dikehendaki menunggang basikal ke sekolah sekurang-kurang dalam tempoh 6 bulan.
• Anda dikehendaki melakarkan peta perjalanan berbasikal anda dari rumah anda ke sekolah.
2. Anda dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut:
• Menukar tiub tayar
• Meletakkan minyak gelincir pada bahagian gerak• Menyerenggara bahagian yang telah karat
3. Anda dikehendaki meneroka tempat baru dengan basikal anda.
• Anda juga perlu melukiskan peta penerokaan anda.
4. Anda dikehendaki menyenaraikan perkara yang penting semasa menunggang basikal.
5. Anda dikehendaki menunjukkan gambar foto anda bersama basikal anda dengan pakaian sukan yang betul.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ZjQ5NDBiOGItZTM4Mi00Y2E1LTg5ZmUtMmU1ZjIwM2MyZjMx&hl=en
Subscribe to:
Posts (Atom)