Feb 5, 2011
[JAYA] Tugasan J1 - Cita-cita Pengakap
[JAYA] Tugasan J1 - Cita-cita Pengakap
1. Anda dikehendaki menlukiskan carta organisasi Ibu Pejabat PPM, Asia Pasifik dan WOSM.
• Anda juga dikehendaki menerangkan sejarah tertubuhnya WOSM dan dimanakah Ibu Pejabat WOSM sekarang.
2. Anda dikehendaki menerangkan sejarah tertubuhnya Malaya sehingga ke Malaysia.
3. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai Jata Malaysia dan Jata Pulau Pinang daripada mana-mana sumber seperti laman web, buku teks, buku rujukan, panduan kerajaan dan catatkan maklumat.
• Anda juga dikehendaki melukis dan mewarnakan kedua-dua jata dalam catatan anda.
4. Anda dikehendaki menerangkan dan mencatatkan fungsi dan tugas Dewan Undangan Negeri dan bagaimana ia dikerusikan.
5. Anda dikehendai mendapatkan maklumat daripada Pemimpin berkenaan Nama Penuh Ketua Pengakap Negara, Nama Penuh Ketua Pesuruhjaya Negara.
• Anda dikehendaki mencatatkan dan melampirkan portrait orang yang berkenaan ke dalam catatan anda.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ZDIzOTczM2EtZWRhNS00MWIyLWI0N2QtN2IyNmY5Y2Y4Y2Fh
[JAYA] Tugasan J2 - Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
[JAYA] Tugasan J2 - Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Asas Perbarisan: hormat semasa berjalan (hormat ke kanan dan hormat ke depan), belakang pusing semasa berjalan, hormat menerima sijil.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang J2.
2. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Kawat Tongkat: berjalan dalam keadaan bertongkat.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang J2.
3. Anda dikehendaki melalui dengan jayanya dua jenis halangan komando yang disediakan. Jenis-jenis halangan ialah : deadman crawl dan melalui titi komando.
• Gambar foto berkenaan aktiviti anda hendak dimasukkan.
• Melengkapkan borang J2.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B6k3lX6jF479MDE1NzQ4ZmMtYTRkNC00N2I3LTg3NjctODc4MTQyMDM5YjNk&hl=en
[JAYA] Tugasan J3 - Kursus Kepimpinan Ketua Patrol
[JAYA] Tugasan J3 - Kursus Kepimpinan Ketua Patrol
1. Anda dikehendaki menghadiri ke Kursus Kepimpinan ketua Patrol yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang.
2. Anda dikehendaki melampirkan Buku Log dan Catatan Kursus Kepimpinan Ketua Patrol anda ke dalam tugasan ini.
3. Anda dikehendaki melampirkan gambar foto anda semasa berada di Kursus Kepimpinan Manikayu.
4. Anda dikehendaki melampirkan sijil penyertaan kursus tersebut.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NDgzZTUwYWItMjFiYS00YTQ2LWI2MGYtYzBkZmJjMjRmMDMx
[JAYA] Tugasan J4 - Kepimpinan
[JAYA] Tugasan J4 - Kepimpinan
1. (Untuk Yang Menjadi Ketua Patrol Pengakap Muda) Anda dikehendaki dilantik sekurang-kurang 6 bulan dan mengemukakan buku log patrol anda.
• Lengkapkan borang J4.
(Untuk Bukan Ketua Patrol) Anda dikehendaki melatih 2 orang baru dari Lencana Keahlian sehingga ke Lencana Maju.
• Anda dikehendaki mengemukakan biodata ahli yang anda dilatih.
• Anda dikehendaki menyertakan rekod kemajuan kedua-dua ahli tersebut.
• Tempoh anda melatih hendak mengambil masa sekurang-kurang 6 bulan.
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto anda melatih kedua-dua ahli tersebut.
2. Anda dikehendaki menjalankan atau menyertai mesyuarat ketua patrol bersama Ketua Patrol Pengakap Muda yang lain.
• Sertakan minit mesyuarat
• Lengkapkan borang J4.
3. Anda dikehendaki merancang pengembaraan (tugasan U7 atau M8) untuk ahli patrol anda atau orang yang mengembara bersama anda.
• Lengkapkan borang J4.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479OWQ3NDc5YWQtMzE1Yy00OGM5LTg4OWQtYTliMTQwZDkyODky
[JAYA] Tugasan J5 - Kejayaan
[JAYA] Tugasan J5 - Kejayaan
1. Anda dikehendaki mendaki bukit bersama rakan anda atau ahli keluarga. (sama ada Bukit Tokun, Bukit Bendera atau mana-mana bukit)
• Anda dikehendaki menyediakan laporan pendakian anda.
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto dari puncak bukit.
2. Anda dikehendaki menyenaraikan Kod Fonetik Antarabangsa dari A-Z.
3. Anda dikehendaki menjalankan kerja pemeliharaan alam sekitar dengan tidak menggunakan sebarang beg plastic dan menggunakan berkas bungkusan membeli barang dalam masa sebulan.
• Lengakapkan borang J5
4. Anda dikehendaki membuat persembahan dalam bentuk nyanyian, lakonan, tarian atau pengacaraan semasa Malam Unggun Api.
• Lengkapkan borang J5
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479OGZmNDFkZjctNWFlYS00MzY0LWEzZjUtODliMzdkODEzY2Jk
[JAYA] Tugasan J6 - Kemahiran Berpengakap
[JAYA] Tugasan J6 - Kemahiran Berpengakap
1. Anda dikehendaki menunjukkan cara membawa bendera dalam posisi berkibar, tanpa berkibar dan di bahu
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi setiap posisi tersebut.
2. Anda dikehendaki membuat satu Papan Ikatan yang bersaiz tidak melebihi 2kaki x 2kaki yang terkandung ikatan berikut serta fungsi:
• Simpul abah-abah (manharness knot)
• Lilit tindih kenjap (rolling hitch)
• Simpul ngah (middleman’s knot)
• Tindih kasih air (water bowline)
• Ikatan pengail (fisherman’s hitch)
• Lilitan tong (barrel hitch)
• Sambatan mata (eye splice)
• Lilitan kacang/ular (floorstrokesnake lashing)
• Ikatan silang tungku (tripod lashing)
• Anda dikehendaki mengambil gambar papan yang siap tersebut
3. Anda dikehendaki mendirikan satu pondok sementara dengan menggunakan groundsheet atau poncho yang mampu bertahan semalam.
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi pondok yang siap dibina.
• Lengakapkan borang J6
4. Anda dikehendaki melibatkan diri dalam kerja pembinaan pintu gerbang untuk Majlis Unggun Api tahunan.
• Anda dikehendaki mengambil gambar bagi pintu gerbang yang siap dibina tersebut.
• Lengkapkan borang J6
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479Mzk0MjAyNWMtZDM2YS00OGU1LWJiYWYtNjNkOTg0ZTdiOWYz
[JAYA] Tugasan J7 - Perkhidmatan
[JAYA] Tugasan J7 - Perkhidmatan
1. Anda dikehendaki menunjukkan bentuk-bentuk dan cirri-citi patah tulang yang mungkin berlaku kepada seorang mangsa kemalangan.
• Anda dikehendaki melukisk bagi setiap jenis patah tulang.
2. Anda dikehendaki berkerjasama dengan 3 orang kawan yang lain melakukan kerja mengikat kayu tuap.
• Patah tulang lengan
• Patah tulang kaki
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi semua ikatan.
• Lengkapkan borang J7
3. Anda dikehendaki menerangkan cara lanjutan untuk menjalankan pemulihan pernafasan Kaedah CAB.
• Terangkan dengan bantuan gambar rajah yang sesuai.
4. Anda dikehendaki memberi perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 jam kepada pihak sekolah, komuniti atau di rumah.
• Anda dikehendaki sertakan gambar foto dan laporan anda berkhidmat.
• Lengkapkan Borang J7
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479YmQ5ODU3NmItZTBkNC00MDQyLWE3YTQtYmQyNGQzYjQ5MGJh
[JAYA] Tugasan J8 - Ekspedisi 24KM
[JAYA] Tugasan J8 - Ekspedisi 24KM
ARAHAN DAN TUGASAN
UJIAN PENGEMBARAAN 24KM – LENCANA JAYA
Peraturan Ekspedisi
Undang-Undang Pengakap dan Peraturan Lalulintas merupakan Peraturan Utama Ekspedisi ini . Berpakainan seragam lengkap pengakap adalah diwajiban sepanjang ekspedisi. Imej pengakap hendaklah dijaga. Keselamatan harus diutamakan.
Arahan
Anda dikehendaki membawa bekalan sendiri dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa ujian pengembaraan dijalankan. Anda mestilah menghabiskan perjalanan anda dalam masa 2 hari 1 malam.
Perjalanan Hari Pertama______/_______/__________ (Hari: )
1. Ekspedisi anda bermula dari SMJK Chung Ling Butterworth tepat pada pukul 3 petang.
2. Dari sekolah, anda berjalan ke arah Sungai Puyu dengan melalui Jalan Raja Uda dan Jalan Sungai Puyu.
3. Dari Sungai Puyu, anda perlu menuju ke Sungai Dua dengan melalui Jalan Sungai Dua.
4. Dari Sungai Dua, anda dikehendaki menuju ke Kubang Semang dengan melalui Jalan Pengkalan Machang, Jalan Permatang Pasir, dan Jalan Kubang Semang.
5. Perjalanan hari pertama anda berakhir sekitar Pekan Kubang Semang, tetapi jangan menjauhi Jalan Permatang Nibong. Anda dikehendaki mencari tempat yang sesuai untuk bermalam dan mendirikan khemah.
6. Masakkan makanan anda.
Perjalanan Hari Kedua______/_______/__________ (Hari: )
1. Selepas bangun dan makan sarapan yang dimasak seniri, pastikan tempat bermalam dan memasak kamu bersih sebelum kamu berlepas untuk perjalanan seterusnya. Dapatkan komen bertulis daripada Pemilik tempat bermalam kamu tentang sikap dan perstasi kamu sepanjang masa kamu bermalam ditempatnya.
2. Dari tempat bermalam, teruskan perjalanan anda dengan menuju ke Kampung Pertama yang terletak di Permatang Pauh dengan melalui Jalan Permatang Nibong.
3. Dari Kampung Pertama, anda dikehendaki menuju ke Pekan Permatang Pauh dengan melalui mana-mana jalan yang dianggap sesuai.
4. Dari Pekan Permatang Pauh, anda perlu menuju ke Sungai Perai yang berarah barat.
5. Selepas melalui Sungai Perai, anda dikehendaki menuju Jalan Raja Uda dengan melalui Jalan Permatang Pauh.
6. Di Jalan Raja Uda, anda dikehendaki kembali ke SMJK Chung Ling Butterworth dengan melalui Jalan Ong Yi How.
7. Ekspedisi anda berakhir di SMJK Chung Ling Butterworth. Masa anda berakhir di SMJK Chung Ling Butterworth tidak boleh melebihi pukul 3 petang.
8. Sebaik sahaja ada sampai di rumah anda masing-masing, anda dikehendaki maklum kepada penguji di talian 016-4049965.
Tugasan
1. Dapatkan Kebenaran Bertulis daripada Ibu bapa, Sekolah dan Pemimin Pengakap.
2. Maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah tentang ekspedisi ini dan kebenaran beliau.
3. Sediakan Surat Makluman Ekspedisi untuk ditunjukkan kepada sesiapa yang berkanaan sekiranya perlu semasa ekspedisi dengan ditandatangani oleh pihak Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
4. Sediakan laporan bertulis berasakan “apa, di mana, siapa, mengapa, bila,dan bagaimana” dengan kepilkan peta perjalanan. Peta perjalanan hendakalah disediakan dengan jarak 1km sekeping dengan Utara menuju ke atas. Gunakan petunjuk yang sesuai. Nama jalan dan sungai yang dilalui mestilah di masukkan dalam peta. Tanda-tanda tanah (Landmark) hendaklah ditunjukkan dengan jelas.
5. Laporkan bagaimana ekpedisi ini dirancang dan bagaimana tugas diagih di kalangan peserta ekspedisi. Tunjukkan secara lakaran dan bergambar haversack diatur dan barang-barang yang dibawa.
6. Bermalam di luar dengan mendirikan khemah yang dibawa sendiri untuk sekurang-kurang 1 malam dan dapatkan komen bertulis daripada Tuan Punya Tanah tempat anda bermalam mengenai prestasi dan sikap anda semasa bermalam di tempatnya.
7. Anda adalah diwajibkan untuk memasak sekurang-kurangnya 2 kali dalam ekspedisi. Sila sediakan menu dan masukkannya ke dalam buku log anda.
8. Sediakan Akaun Perbelanjaan Ekspedisi anda bersama resit. Setiap peserta tidak boleh berlanja melebihi RM15 seorang.
9. Sediakan Laporan Cuaca selang 1 jam untuk perjalanan ekspedisi.
10. Sediakan Borang Check Point untuk ditandatangan oleh Pengawai Polis dan Bomba atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai sebagai bukti perjalanan.
11. Lakarkan pendangan luar 2 tokong cina dan 2 masjid.
12. Ambil gambar yang menunjukkan setiap aktiviti atau peristiwa sepanjang ekspedisi anda.
13. Menganggar lebar dan kederasan air serta menunjukkan kaedah yang digunakan untuk Sungai Perai.
14. Menganggar Ketinggian 2 Bangunan atau Menara yang anda fikirkan sesuai dan sertakan kaedah peganggaran.
15. Sediakan kajian pertanian di sepanjang perjalanan anda dengan tidak kurang daripada 200 patah perkataan.
16. Laporan yang dikemukakan dalam buku log hendaklah berbeza dan tidak boleh disalin sesama peserta.
17. Buku Log penuh ekspedisi hendaklah dihantar pada atau sebelum 2 minggu selepas ekspedisi.
Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MGI1ODdmNjEtNzI2My00OGM2LThlZjItZjI2MzBkZDc2YzQ1
Subscribe to:
Posts (Atom)