Feb 5, 2011

[JAYA] Tugasan J8 - Ekspedisi 24KM


[JAYA] Tugasan J8 - Ekspedisi 24KM


ARAHAN DAN TUGASAN
UJIAN PENGEMBARAAN 24KM – LENCANA JAYA



Peraturan Ekspedisi
Undang-Undang Pengakap dan Peraturan Lalulintas merupakan Peraturan Utama Ekspedisi ini . Berpakainan seragam lengkap pengakap adalah diwajiban sepanjang ekspedisi. Imej pengakap hendaklah dijaga. Keselamatan harus diutamakan.


Arahan
Anda dikehendaki membawa bekalan sendiri dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa ujian pengembaraan dijalankan. Anda mestilah menghabiskan perjalanan anda dalam masa 2 hari 1 malam.


Perjalanan Hari Pertama______/_______/__________ (Hari: )
1. Ekspedisi anda bermula dari SMJK Chung Ling Butterworth tepat pada pukul 3 petang.
2. Dari sekolah, anda berjalan ke arah Sungai Puyu dengan melalui Jalan Raja Uda dan Jalan Sungai Puyu.
3. Dari Sungai Puyu, anda perlu menuju ke Sungai Dua dengan melalui Jalan Sungai Dua.
4. Dari Sungai Dua, anda dikehendaki menuju ke Kubang Semang dengan melalui Jalan Pengkalan Machang, Jalan Permatang Pasir, dan Jalan Kubang Semang.
5. Perjalanan hari pertama anda berakhir sekitar Pekan Kubang Semang, tetapi jangan menjauhi Jalan Permatang Nibong. Anda dikehendaki mencari tempat yang sesuai untuk bermalam dan mendirikan khemah.
6. Masakkan makanan anda.


Perjalanan Hari Kedua______/_______/__________ (Hari: )
1. Selepas bangun dan makan sarapan yang dimasak seniri, pastikan tempat bermalam dan memasak kamu bersih sebelum kamu berlepas untuk perjalanan seterusnya. Dapatkan komen bertulis daripada Pemilik tempat bermalam kamu tentang sikap dan perstasi kamu sepanjang masa kamu bermalam ditempatnya.
2. Dari tempat bermalam, teruskan perjalanan anda dengan menuju ke Kampung Pertama yang terletak di Permatang Pauh dengan melalui Jalan Permatang Nibong.
3. Dari Kampung Pertama, anda dikehendaki menuju ke Pekan Permatang Pauh dengan melalui mana-mana jalan yang dianggap sesuai.
4. Dari Pekan Permatang Pauh, anda perlu menuju ke Sungai Perai yang berarah barat.
5. Selepas melalui Sungai Perai, anda dikehendaki menuju Jalan Raja Uda dengan melalui Jalan Permatang Pauh.
6. Di Jalan Raja Uda, anda dikehendaki kembali ke SMJK Chung Ling Butterworth dengan melalui Jalan Ong Yi How.
7. Ekspedisi anda berakhir di SMJK Chung Ling Butterworth. Masa anda berakhir di SMJK Chung Ling Butterworth tidak boleh melebihi pukul 3 petang.
8. Sebaik sahaja ada sampai di rumah anda masing-masing, anda dikehendaki maklum kepada penguji di talian 016-4049965.




Tugasan
1. Dapatkan Kebenaran Bertulis daripada Ibu bapa, Sekolah dan Pemimin Pengakap.
2. Maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah tentang ekspedisi ini dan kebenaran beliau.
3. Sediakan Surat Makluman Ekspedisi untuk ditunjukkan kepada sesiapa yang berkanaan sekiranya perlu semasa ekspedisi dengan ditandatangani oleh pihak Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
4. Sediakan laporan bertulis berasakan “apa, di mana, siapa, mengapa, bila,dan bagaimana” dengan kepilkan peta perjalanan. Peta perjalanan hendakalah disediakan dengan jarak 1km sekeping dengan Utara menuju ke atas. Gunakan petunjuk yang sesuai. Nama jalan dan sungai yang dilalui mestilah di masukkan dalam peta. Tanda-tanda tanah (Landmark) hendaklah ditunjukkan dengan jelas.
5. Laporkan bagaimana ekpedisi ini dirancang dan bagaimana tugas diagih di kalangan peserta ekspedisi. Tunjukkan secara lakaran dan bergambar haversack diatur dan barang-barang yang dibawa.
6. Bermalam di luar dengan mendirikan khemah yang dibawa sendiri untuk sekurang-kurang 1 malam dan dapatkan komen bertulis daripada Tuan Punya Tanah tempat anda bermalam mengenai prestasi dan sikap anda semasa bermalam di tempatnya.
7. Anda adalah diwajibkan untuk memasak sekurang-kurangnya 2 kali dalam ekspedisi. Sila sediakan menu dan masukkannya ke dalam buku log anda.
8. Sediakan Akaun Perbelanjaan Ekspedisi anda bersama resit. Setiap peserta tidak boleh berlanja melebihi RM15 seorang.
9. Sediakan Laporan Cuaca selang 1 jam untuk perjalanan ekspedisi.
10. Sediakan Borang Check Point untuk ditandatangan oleh Pengawai Polis dan Bomba atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai sebagai bukti perjalanan.
11. Lakarkan pendangan luar 2 tokong cina dan 2 masjid.
12. Ambil gambar yang menunjukkan setiap aktiviti atau peristiwa sepanjang ekspedisi anda.
13. Menganggar lebar dan kederasan air serta menunjukkan kaedah yang digunakan untuk Sungai Perai.
14. Menganggar Ketinggian 2 Bangunan atau Menara yang anda fikirkan sesuai dan sertakan kaedah peganggaran.
15. Sediakan kajian pertanian di sepanjang perjalanan anda dengan tidak kurang daripada 200 patah perkataan.
16. Laporan yang dikemukakan dalam buku log hendaklah berbeza dan tidak boleh disalin sesama peserta.
17. Buku Log penuh ekspedisi hendaklah dihantar pada atau sebelum 2 minggu selepas ekspedisi.


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MGI1ODdmNjEtNzI2My00OGM2LThlZjItZjI2MzBkZDc2YzQ1

No comments:

Post a Comment