Mar 5, 2011

[MAJU] Tugasan M8 - Ekspedisi 16KM


[MAJU] Tugasan M8 - Ekspedisi 16KM
ARAHAN DAN TUGASAN
UJIAN PENGEMBARAAN 16KM – LENCANA MAJU


Peraturan Ekspedisi
Undang-Undang Pengakap dan Peraturan Lalulintas merupakan Peraturan Utama Ekspedisi ini . Berpakainan seragam lengkap pengakap adalah diwajiban sepanjang ekspedisi. Imej pengakap hendaklah dijaga. Keselamatan harus diutamakan.

Arahan
Anda dikehendaki membawa bekalan sendiri dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa ujian pengembaraan dijalankan. Anda mestilah menghabiskan perjalanan anda dalam masa 2 hari 1 malam.

Perjalanan Hari Pertama______/_______/__________ (Hari: )
1. Ekspedisi anda bermula dari SMJK Chung Ling Butterworth tepat pada pukul 8.00 pagi. Anda dikehendaki mengambil gambar di pintu besar sekolah itu sebagai bukti.
2. Dari SMJK Chung Ling Butterworth, anda dikehendaki menaiki ke Jeti Butterworth. Setelah anda tiba di Jeti Butterworth, anda dikehendaki menaiki feri menuju ke Pulau Pinang.
3. Apabila anda tiba di Pengkalan Raja Tun Uda (205566), anda dikehendaki mengambil Jalan Pengkalan Weld ke Fort Cornwallis. Anda perlu melawat ke dalam Fort Cornwallis.
4. Selepas itu, anda dikehendaki menuju ke Muzeum Pulau Pinang dengan melalui City Hall, Bangunan Makhamah Pulau Pinang, dan Gereja St. George.
5. Teruskan perjalanan anda ke Khoo Kongsi (185562) dengan menggunakan Jalan Masjid Kapitan Keling. Anda dikehendaki melalui Tokong Kuan Yin Teng, Kuil Sri Mariamman, Masjid Kapitan Keling dan Tokong Tua Pek Kong.
6. Selepas anda melawat ke Khoo Kongsi, anda dikehendaki menuju ke tempat berikut (C1) dengan menggunakan mana-mana jalan yang anda fikir sesuai dengan menggunakan Cross Bearing:
a) 171 dari titik (1654)
b) 100 dari titk (1356)
c) Petunjuk: tempat tersebut adalah dibawah bangunan paling tinggi di Pulau Pinang.
7. Dari C1, anda dikehendaki menuju ke C2 dengan menggunakan Jalan Dato Keramat. C2 adalah Cross Bearing:
a) 265 dari C1
b) 243 dari titik (1554)
c) Petunjuk: tempat tersebut merupakan satu persimpangan jalan dan mempunyai Balai Polis.
8. Dari C2, anda dikehendaki menuju ke arah Barat sehingga anda tiba di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang.
9. Anda akan melalui SMK Methodist Lelaki dan SMK Han Chiang.
10. Perjalanan hari pertama anda berakhir di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang. Sebaik sahaja anda tiba sana, anda dikehendaki mendirikan khemah dan memaklumkan kepada Penguji.

Perjalanan Hari Kedua______/_______/__________ (Hari: )
1. Selepas bangun dan makan sarapan yang dimasak sendiri, pastikan tempat bermalam dan memasak kamu bersih sebelum kamu berlepas untuk perjalanan seterusnya. Dapatkan komen bertulis daripada Pemilik tempat bermalam kamu tentang sikap dan prestasi kamu sepanjang masa kamu bermalam ditempatnya.
2. Dari tempat bermalam, anda dikehendaki menuju ke Taman Bandaran MPPP (Youth Park). Anda akan menggunakan Jalan Scotland, Jalan Utama dan Persiaran Kuari.
3. Apabila anda tiba di Taman Bandaran MPPP, anda dikehendaki menuju ke Taman Bunga (Botanical Garden) dengan melalui Moon Gate dan Pusat Infomasi Pelancongan.
4. Selepas itu, anda dikehendaki menaiki Bas bernombor 10 ke Bagan Jermal dan turun bas sebaik sahaja tiba di sana.
5. Kemudian, anda dikehendaki menggunakan Persiaran Gurney, Jalan Sultan Ahmad Shah untuk pulang ke Pengkalan Raja Tun Uda (205566). Anda akan melalui Gurney Plaza, Wawasan University, KWSP, Hotel E&O.
6. Ekspedisi anda berakhir di Pengkalan Raja Tun Uda (205566). Anda perlu menaiki feri ke Butterworth dan kembali ke rumah masing-masing.
7. Sebaik sahaja ada sampai di rumah anda masing-masing, anda dikehendaki maklum kepada penguji di talian 016-4049965.


Tugasan
1. Dapatkan Kebenaran Bertulis daripada Ibu bapa, Sekolah dan Pemimin Pengakap.
2. Maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah tentang ekspedisi ini dan kebenaran beliau.
3. Sediakan Surat Makluman Ekspedisi untuk ditunjukkan kepada sesiapa yang berkenaan sekiranya perlu semasa ekspedisi dengan ditandatangani oleh pihak Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
4. Sediakan laporan bertulis berasakan “apa, di mana, siapa, mengapa, bila, dan bagaimana” dengan kepilkan peta perjalanan. Peta perjalanan hendakalah disediakan dengan jarak 1km sekeping dengan Utara menuju ke atas. Gunakan petunjuk yang sesuai. Nama jalan dan sungai yang dilalui mestilah di masukkan dalam peta. Tanda-tanda tanah (Landmark) hendaklah ditunjukkan dengan jelas.
5. Laporkan bagaimana ekpedisi ini dirancang dan bagaimana tugas diagih di kalangan peserta ekspedisi. Tunjukkan secara lakaran dan bergambar haversack diatur dan barang-barang yang dibawa. (Anda dikehendaki membawa Khemah)
6. Makanan adalah perlu disediakan oleh peserta sendiri dan peserta adalah dilarang makan di gerai atau restoran makanan di sepanjang perjalanan.
7. Maklumkan posisi anda kepada penguji setiap selang 1 jam.
8. Sediakan Akaun Perbelanjaan Ekspedisi anda bersama resit. Setiap peserta tidak boleh berlanja melebihi RM30 seorang. Sila simpan ticket feri, bas dan pas masuk.
9. Sediakan Laporan Cuaca selang 1 jam untuk perjalanan ekspedisi.
10. Sediakan Borang Check Point untuk ditandatangan oleh Pengawai Polis dan Bomba atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai sebagai bukti perjalanan.
11. Lakarkan pendangan luar 2 tokong cina, 2 masjid dan 1 kuil.
12. Ambil gambar yang menunjukkan setiap aktiviti atau peristiwa serta tempat-tempat penting sepanjang ekspedisi anda.
13. Menganggar Ketinggian 2 Bangunan atau Menara yang anda fikir sesuai dan sertakan kaedah peganggaran.


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MTM4NjUyN2ItODBjYi00NjYyLWE2OGQtMGM0NGE1YzJkMjM0

No comments:

Post a Comment