Apr 5, 2011

[USAHA] Tugasan U3 - Kemahiran Berpengakap 1


[USAHA] Tugasan U3 - Kemahiran Berpengakap 1

1. Anda dikehendaki mendapatkan sebilah parang atau golok dari bilik stor pengakap dan membawa balik untuk mengasah serta menyerenggara senjata tersebut dengan cara yang betul.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto semasa anda mengasah parang atau melukiskan langkah-langkah mengasah.
• Selepas itu, anda dikehendaki pulangkan senjata yang telah diasah tersebut kepada bilik stor.
• Melengkapkan borang U3-B1
2. Anda dikehendaki membuat satu pancang daripada kayu dan membuat satu pancang daripada buluh.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap proses dan hasil pancang yang siap.
3. Anda dikehendaki membuat satu Papan Ikatan yang bersaiz tidak melebihi 2kaki x 2kaki yang terkandung ikatan berikut serta fungsi:
• Simpul himpit (fisherman’s knot)
• Simpul pulih (sheep shank)
• Bunga geti ganda (double sheet bend)
• Lilit balak (timber hitch)
• Lilit ‘taut-line’ (taut-line hitch)
• Ikatan seraya (square lashing)
• Ikatan serong (diaganol lashing)
• Anda dikehendaki mengambil gambar papan yang siap tersebut
4. Anda dikehendaki menerangkan Undang-undang Lalulintas dan melukiskan papan tanda lalulintas
5. Anda dikehendaki menerangkan faktor penting untuk memilih satu tapak perkhemahan yang selamat.
• Anda dikehendaki melakarkan sebuah bentuk tapak perkhemahan
6. Anda dikehendaki menyenaraikan barang yang diperlukan untuk menghadiri ke perkhemahan sekurang-kurang 20 benda. Anda juga dikehendaki menunjukkan cara untuk menyusun barang tersebut ke dalam beg galas.


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/=0B6k3lX6jF479M2Q1MThmMGItNjFjYS00NmZlLWJkNmMtODlkMmZiYWNmMjY3

No comments:

Post a Comment