Apr 5, 2011

[USAHA] Tugasan U7 - Ekspedisi 8KM


[USAHA] Tugasan U7 - Ekspedisi 8KM

ARAHAN DAN TUGASAN
UJIAN PENGEMBARAAN 8KM – LENCANA USAHA


Peraturan Ekspedisi

Undang-Undang Pengakap dan Peraturan Lalulintas merupakan Peraturan Utama Ekspedisi ini . Berpakainan seragam lengkap pengakap adalah diwajiban sepanjang ekspedisi. Imej pengakap hendaklah dijaga. Keselamatan harus diutamakan.

Arahan

Anda dikehendaki membawa bekalan sendiri dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa ujian pengembaraan dijalankan. Anda mestilah menghabiskan perjalanan anda dalam masa 6 jam.

Perjalanan ______/_______/__________ (Hari:              )

1. Ekspedisi anda bermula dari SMJK Chung Ling Butterworth.
2. Dari sekolah, anda berjalan ke arah Raja Uda dengan melalui Jalan Ong Yi How.
3. Dari Raja Uda pula anda dikehendaki berjalan menuju ke arah selatan dengan melalui Pusat Bomba Sukarela Raja Uda, SRJK(C) Kwang Hwa, Pizza Hut Raja Uda sehingga ke persimpangan Jalan Telaga Air.
4. Bersambungan dengan itu, anda meneruskan perjalanan ke arah selatan dengan menggunakan Jalan Siram sehingga anda sampai ke Kilang Minuman F&N.
5. Seterusnya, anda dikehendaki pergi ke Balai Polis Trafik Butterworth, Padang Belia, dan Bangunan Haji Ahmad Badawi.
6. Kemudian anda dikehendaki menuju ke arah utara sehingga anda tiba di Persimpangan Jalan Bagan Ajam dengan Jalan Thambi Kechil. Sepanjang perjalanan tersebut anda diwajibkan melalui Wisma Peladang, Mahkamah Tempatan Butterworth, Pusat Latihan Pertahanan Awam(PULAPA).
7. Dari persimpangan tersebut, anda dikehendaki menuju ke arah timur untuk tiba ke Jalan Raja Uda.
8. Setelah anda sampai di Persimpangan Jalan Thambi Kechil dan Jalan Raja Uda, anda dikehendaki kembali ke tempat permulaan, iaitu SMJK Chung Ling Butterworth.
9. Anda dikehendaki melapor kepada penguji setelah anda tiba di tempat permulaan. Masa yang diambil sepanjang perjalanan tersebut tidak boleh melebihi 6 jam.

Tugasan

1. Dapatkan Kebenaran Bertulis daripada Ibu bapa, Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
2. Maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah tentang ekspedisi ini dan kebenaran beliau.
3. Sediakan Surat Makluman Ekspedisi untuk ditunjukkan kepada sesiapa yang berkanaan sekiranya perlu semasa ekspedisi dengan ditandatangani oleh pihak Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
4. Sediakan laporan bertulis berasakan “apa, di mana, siapa, mengapa, bila, dan bagaimana” dengan kepilkan peta perjalanan. Peta perjalanan hendakalah disediakan dengan jarak 1km sekeping dengan Utara menuju ke atas. Gunakan petunjuk yang sesuai. Nama jalan dan sungai yang dilalui mestilah di masukkan dalam peta. Tanda-tanda tanah (Landmark) hendaklah ditunjukkan dengan jelas.
5. Laporkan bagaimana ekpedisi ini dirancang dan bagaimana tugas diagih di kalangan peserta ekspedisi.
6. Sediakan Akaun Perbelanjaan Ekspedisi anda bersama resit. Setiap peserta tidak boleh berlanja melebihi RM5 seorang. Tongkat pengakap adalah diwajibkan membawa.
7. Sediakan Laporan Cuaca selang 1 jam untuk perjalanan ekspedisi.
8. Sediakan Borang Check Point untuk ditandatangan oleh Pengawai Polis dan Bomba atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai sebagai bukti perjalanan, contoh Bangunan Kerajaan, Sekolah, Stesen Minyak.
9. Lakarkan pendangan luar 2 tokong cina atau mana-mana 2 bangunan yang dianggap penting.
10. Mengganggarkan ketinggian 1 bangunan yang dianggap penting, bangunan tersebut mesti melebihi 10m, dan tunjukkan kaedah yang digunakan kaedah yang digunakan oleh setiap pengakap mesti berbeza.
11. Ambil gambar yang menunjukkan setiap aktiviti atau peristiwa sepanjang ekspedisi anda.
12. Sediakan kajian tentang sekitar Bagan Luar dengan tidak kurang daripada 200 patah perkataan.
13. Laporan yang dikemukakan dalam buku log hendaklah berbeza dan tidak boleh disalin sesama peserta.
14. Buku Log penuh ekspedisi hendaklah dihantar pada atau sebelum 2 minggu selepas ekspedisi.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MjgxMWJjYjItYWYzZC00NzE1LWIwMDMtNjM0OWFiZDQwYmU0

No comments:

Post a Comment