Apr 5, 2011

[USAHA] Tugasan U1 - Cita-Cita Pengakap


[USAHA] Tugasan U1 - Cita-cita Pengakap

1. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai bendera Malaysia dan bendera Pulau Pinang daripada mana-mana sumber seperti laman web, buku teks, buku rujukan, panduan kerajaan dan catatkan maklumat.
• Anda juga dikehendaki melukis dan mewarnakan kedua-dua bendera dalam catatan anda.
2. Anda dikehendai mencari maklumat mengenai Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang daripada mana-mana sumber seperti laman web, buku teks, buku rujukan, panduan kerajaan dan catatkan maklumat.
• Anda juga dikehendaki melampirkan portrait orang yang berkenaan ke dalam catatan anda.
3. Anda dikehendaki menghafal Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap dan kemudiannya menulis dalam catatan anda.
4. Anda dikehendaki mendapatkan lirik lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang “Untuk Negeri Kita” dan masukkan ke dalam catatan anda. Anda juga perlu menyanyikannya sekurang-kurang 2 kali dalam aktiviti pengakap.
• Kemudian anda dikehendaki melengkapkan borang U1 yang ditandatangani oleh mana-mana pengakap remaja untuk mengesahkan pelaksanaan anda.
5. Anda dikehendaki menjalani Istiadat Mengibarkan Bendera sekurang-kurangnya 3 kali dalam aktiviti pengakap (dalamnya mesti ada nyanyian lagu Negaraku, negeri dan melafazkan persetiaan).
• Kemudian anda dikehendaki melengkapkan borang U1 yang ditandatangani oleh mana-mana pengakap remaja untuk mengesahkan pelaksanaan anda.
• Anda juga dikehendaki mencatatkan proses atau perjalanan Istiadat tersebut berserta dengan gambar foto anda melaksanakan.


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NTg1NDdkNGItMWU5OS00OGM1LTk5YzMtNGEyZWFmYjZlMTk1;hl=en

[USAHA] Tugasan U2 - Kecergasan Dan Kesegaran Jasmani


[USAHA] Tugasan U2 - Kecergasan Dan Kesegaran Jasmani

1. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Asas Perbarisan: masuk baris, senang diri, rehatkan diri, ke kanan lurus pandang depan, keluar baris, bersurai, ke kanan pusing, ke kiri pusing, ke belakang pusing, buka barisan, tutup barisan, langkah ke sebelah dan paras.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang U2.
2. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Kawat Tongkat: rehatkan diri, senang diri, sedia, baring tongkat, angkat tongkat, kalih tongkat dan hormat dengan tongkat.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang U2.
3. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Arahan Isyarat Tangan Pengakap: rehatkan diri, senang diri, sedia, keluar baris, barisan tertutup, barisan terbuka, tapak kuda, bersurai.
• Anda perlu melukiskan cara anda melakukan.
4. Anda dikehendaki melalui dengan jayanya lima daripada lapan halangan komando yang disediakan. Jenis-jenis halangan ialah : mengayut tali, merangkak komando, meniti goyang, merangkak bawah jala, maniti capak, memanjat tembok / tali, melalui terowong, menggayut monyet / tali.
• Gambar foto berkenaan aktiviti anda hendak dimasukkan.
• Melengkapkan borang U2.
5. Anda dikehendaki melipat Bendera dengan kemas dalam bentuk segi empat dan segi tiga.
• Tunjukkan cara anda melipat


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NmUwNzdlMzAtMDdkMy00NTU0LWEwY2ItZTRkZjc5MDg0OTVl

[USAHA] Tugasan U3 - Kemahiran Berpengakap 1


[USAHA] Tugasan U3 - Kemahiran Berpengakap 1

1. Anda dikehendaki mendapatkan sebilah parang atau golok dari bilik stor pengakap dan membawa balik untuk mengasah serta menyerenggara senjata tersebut dengan cara yang betul.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto semasa anda mengasah parang atau melukiskan langkah-langkah mengasah.
• Selepas itu, anda dikehendaki pulangkan senjata yang telah diasah tersebut kepada bilik stor.
• Melengkapkan borang U3-B1
2. Anda dikehendaki membuat satu pancang daripada kayu dan membuat satu pancang daripada buluh.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap proses dan hasil pancang yang siap.
3. Anda dikehendaki membuat satu Papan Ikatan yang bersaiz tidak melebihi 2kaki x 2kaki yang terkandung ikatan berikut serta fungsi:
• Simpul himpit (fisherman’s knot)
• Simpul pulih (sheep shank)
• Bunga geti ganda (double sheet bend)
• Lilit balak (timber hitch)
• Lilit ‘taut-line’ (taut-line hitch)
• Ikatan seraya (square lashing)
• Ikatan serong (diaganol lashing)
• Anda dikehendaki mengambil gambar papan yang siap tersebut
4. Anda dikehendaki menerangkan Undang-undang Lalulintas dan melukiskan papan tanda lalulintas
5. Anda dikehendaki menerangkan faktor penting untuk memilih satu tapak perkhemahan yang selamat.
• Anda dikehendaki melakarkan sebuah bentuk tapak perkhemahan
6. Anda dikehendaki menyenaraikan barang yang diperlukan untuk menghadiri ke perkhemahan sekurang-kurang 20 benda. Anda juga dikehendaki menunjukkan cara untuk menyusun barang tersebut ke dalam beg galas.


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/=0B6k3lX6jF479M2Q1MThmMGItNjFjYS00NmZlLWJkNmMtODlkMmZiYWNmMjY3

[USAHA] Tugasan U4 - Kemahiran Berpengakap 2


[USAHA] Tugasan U4 - Kemahiran Berpengakap 2

1. Anda dikehendaki menyenaraikan peralatan dan ubat yang dikehendaki dalam Peti Pertolongan Cemas.
2. Anda dikehendaki menghidupkan api di luar rumah atau semasa aktiviti dan juga memasak untuk diri sendiri.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk aktiviti menghidupkan api ini.
3. Anda dikehendaki mendirikan dan menurunkan khemah.
• Anda dikehendaki menunjukkan langkah-langkah untuk mendirikan khemah.
• Anda dikehendaki menyenaraikan cara yang betul untuk menyimpan khemah.
• Melengkapkan borang U4
4. Anda dikehendaki berkhemah diluar bersama dengan pengakap lain dalam aktiviti pengakap dan di dalam khemah sekurang-kurangnya semalam.
• Anda dikehendaki menyediakan laporan berkhemah tersebut dan gambar foto untuk membuktikan.
• Melengkapkan borang U4
5. Anda dikehendaki menerangkan dan menyenaraikan apa itu Arah Mata Angin, Kompas serta Peta Topo.
6. Anda dikehendaki menyediakan dan menyenaraikan 20 isyarat sulit pengakap yang menggunakan kayu, batu atau di atas tanah.


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479N2QxNDRmYmQtZjZiOS00ODRhLTlhNjYtOGY5MTdiYmQ4Njlk

[USAHA] Tugasan U5 - Kecenderungan dan Minat


[USAHA] Tugasan U5 - Kecenderungan dan Minat

1. Anda dikehendaki membuat satu kraftangan dengan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.
2. Anda dikehendaki membuat satu plaster cast dan melukiskan tapak-tapak haiwan.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto bagi plaster cast yang telah siap.
3. Anda dikehendaki menyenaraikan 12 sahabat atas talian (online friends)
• Anda dikehendaki meberikan butir-butir 12 sahabat anda.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NTM0OWU3ZTAtZDg0NS00ZWE2LWFhMzAtNTU4YThlYWZiNWIx

[USAHA] Tugasan U6 - Perkhidmatan


[USAHA] Tugasan U6 - Perkhidmatan

1. Anda dikehendaki melakukan dengan betul ikatan balutan anduh berikut:
• Melipat kain anduh
• Membalut kepala
• Membuat anduh besar
• Membalut tangan
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi semua balutan yang telah anda buat pada kawan anda.
2. Anda dikehendaki menyenaraikan tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya kemalangan di jalan raya, kebakaran, luka, sengatan binatang dan pitam.
• Anda juga dikehendaki menuliskan dialog semasa anda menghubungi 999.
3. Anda dikehendaki menyenaraikan di manakah tempat-tempat berikut:
• Balai Polis yang berdekatan
• Balai Bomba yang berdekatan
• Perhentian Bas yang berdekatan
• Hospital yang berdekatan
• Klinik yang berdekatan
• Balai Bomba Sukarela yang berdekatan
• Rumah Berhala yang berdekatan
4. Anda dikehendaki memandu dan menunjukkan jalan kepada orang yang baru sampai.
• Anda dikehendaki menunjukkan jalan dari Jeti Feri ke SMJK Chung Ling Butterworth.
• Anda dikehendaki melukis peta keseluruhan tersebut dan tempat-tempat yang penting.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ZWIzOGQ5YjgtNTM4OS00ODc1LWJmNTQtYTBkNDQ0NjM2MzI5

[USAHA] Tugasan U7 - Ekspedisi 8KM


[USAHA] Tugasan U7 - Ekspedisi 8KM

ARAHAN DAN TUGASAN
UJIAN PENGEMBARAAN 8KM – LENCANA USAHA


Peraturan Ekspedisi

Undang-Undang Pengakap dan Peraturan Lalulintas merupakan Peraturan Utama Ekspedisi ini . Berpakainan seragam lengkap pengakap adalah diwajiban sepanjang ekspedisi. Imej pengakap hendaklah dijaga. Keselamatan harus diutamakan.

Arahan

Anda dikehendaki membawa bekalan sendiri dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa ujian pengembaraan dijalankan. Anda mestilah menghabiskan perjalanan anda dalam masa 6 jam.

Perjalanan ______/_______/__________ (Hari:              )

1. Ekspedisi anda bermula dari SMJK Chung Ling Butterworth.
2. Dari sekolah, anda berjalan ke arah Raja Uda dengan melalui Jalan Ong Yi How.
3. Dari Raja Uda pula anda dikehendaki berjalan menuju ke arah selatan dengan melalui Pusat Bomba Sukarela Raja Uda, SRJK(C) Kwang Hwa, Pizza Hut Raja Uda sehingga ke persimpangan Jalan Telaga Air.
4. Bersambungan dengan itu, anda meneruskan perjalanan ke arah selatan dengan menggunakan Jalan Siram sehingga anda sampai ke Kilang Minuman F&N.
5. Seterusnya, anda dikehendaki pergi ke Balai Polis Trafik Butterworth, Padang Belia, dan Bangunan Haji Ahmad Badawi.
6. Kemudian anda dikehendaki menuju ke arah utara sehingga anda tiba di Persimpangan Jalan Bagan Ajam dengan Jalan Thambi Kechil. Sepanjang perjalanan tersebut anda diwajibkan melalui Wisma Peladang, Mahkamah Tempatan Butterworth, Pusat Latihan Pertahanan Awam(PULAPA).
7. Dari persimpangan tersebut, anda dikehendaki menuju ke arah timur untuk tiba ke Jalan Raja Uda.
8. Setelah anda sampai di Persimpangan Jalan Thambi Kechil dan Jalan Raja Uda, anda dikehendaki kembali ke tempat permulaan, iaitu SMJK Chung Ling Butterworth.
9. Anda dikehendaki melapor kepada penguji setelah anda tiba di tempat permulaan. Masa yang diambil sepanjang perjalanan tersebut tidak boleh melebihi 6 jam.

Tugasan

1. Dapatkan Kebenaran Bertulis daripada Ibu bapa, Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
2. Maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah tentang ekspedisi ini dan kebenaran beliau.
3. Sediakan Surat Makluman Ekspedisi untuk ditunjukkan kepada sesiapa yang berkanaan sekiranya perlu semasa ekspedisi dengan ditandatangani oleh pihak Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
4. Sediakan laporan bertulis berasakan “apa, di mana, siapa, mengapa, bila, dan bagaimana” dengan kepilkan peta perjalanan. Peta perjalanan hendakalah disediakan dengan jarak 1km sekeping dengan Utara menuju ke atas. Gunakan petunjuk yang sesuai. Nama jalan dan sungai yang dilalui mestilah di masukkan dalam peta. Tanda-tanda tanah (Landmark) hendaklah ditunjukkan dengan jelas.
5. Laporkan bagaimana ekpedisi ini dirancang dan bagaimana tugas diagih di kalangan peserta ekspedisi.
6. Sediakan Akaun Perbelanjaan Ekspedisi anda bersama resit. Setiap peserta tidak boleh berlanja melebihi RM5 seorang. Tongkat pengakap adalah diwajibkan membawa.
7. Sediakan Laporan Cuaca selang 1 jam untuk perjalanan ekspedisi.
8. Sediakan Borang Check Point untuk ditandatangan oleh Pengawai Polis dan Bomba atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai sebagai bukti perjalanan, contoh Bangunan Kerajaan, Sekolah, Stesen Minyak.
9. Lakarkan pendangan luar 2 tokong cina atau mana-mana 2 bangunan yang dianggap penting.
10. Mengganggarkan ketinggian 1 bangunan yang dianggap penting, bangunan tersebut mesti melebihi 10m, dan tunjukkan kaedah yang digunakan kaedah yang digunakan oleh setiap pengakap mesti berbeza.
11. Ambil gambar yang menunjukkan setiap aktiviti atau peristiwa sepanjang ekspedisi anda.
12. Sediakan kajian tentang sekitar Bagan Luar dengan tidak kurang daripada 200 patah perkataan.
13. Laporan yang dikemukakan dalam buku log hendaklah berbeza dan tidak boleh disalin sesama peserta.
14. Buku Log penuh ekspedisi hendaklah dihantar pada atau sebelum 2 minggu selepas ekspedisi.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MjgxMWJjYjItYWYzZC00NzE1LWIwMDMtNjM0OWFiZDQwYmU0

[USAHA] Tugasan U8A - Lencana Ahli Sukan



[USAHA] Tugasan U8A - Lencana Ahli Sukan

1. Anda dikehendaki memilih LIMA acara daripada bahagian ini, sekurang-kurangnya SATU daripada setiap kumpulan dengan mendapat darjah yang minimum.
• KUMUPLAN A
100 meter 15 saat
200 meter 34 saat

400 meter 80 saat (1M 20S)
800 meter 190 saat (3M 10S)
1500 meter 370 saat (6M 10S)


• KUMPULAN B
Lompat tinggi 1.10 meter (3’7.5”)
Lompat jauh 3.65 meter (12’ 0”)

• KUMPULAN C
Cakera (1 Kg) 16.50 meter (54’ 2”)
Peluru (4 Kg) 7.30 meter (23’ 11”)

Bola Kreket (135 gm) 41.20 meter (135’ 2”)

Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ODMyY2Q3MWMtYTg4OC00MGU3LWE0NjUtMjY5NGM5NTY0YzE0

[USAHA] Tugasan U8B - Lencana Jurumasak di Khemah



[USAHA] Tugasan U8B - Lencana Jurumasak di Khemah
1. Anda dikehendaki memasak Roti lilit, nasi dalam buluh dan pan cake untuk anda dan seorang kawan anda.
2. Anda dikehendaki memasak dan menghidangkan ayam panggang untuk 4 orang.
3. Anda dikehendaki memasak dan menghidangkan ikan panggang untuk 4 orang.
4. Anda dikehendaki memasak dan menghidangkan telur panggang untuk 4 orang.
5. Anda dikehendaki memasak dan menghidangkan jus tembikai untuk 4 orang.
6. Anda dikehendaki menyediakan menu makanan berdasarkan makanan yang anda telah masak.
7. Anda dikehendaki mengambil gambar foto setiap hidangan anda. Lengkapkan borang U8B.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479YjQ1YzdmZmQtOTZjNC00YTVlLWJkZTktMGI5MGJiOGQ3Zjg2

[USAHA] Tugasan U8C - Lencana Ahli Koleksi Hobi



[USAHA] Tugasan U8C - Lencana Ahli Koleksi Hobi

1. Anda dikehendaki mengumpul sekurang-kurangnya satu barang daripada berikut:
• Setem
• Syiling
• Mata wang
• Tin Coca-cola
• Rantai Kunci
• Sampul Surat Hari Pertama (First day cover)
• Siput
• Lain-lain
• Anda dikehendaki mengambil gambar untuk semua barang koleksi anda tersebut.
2. Anda dikehendaki menerangkan sejarah atau perkara yang berkaitan dengan barang koleksi anda.
3. Anda dikehendaki mengumpul benda pengakap seperti berikut:
• Wogel
• Skraf Pengakap
• Majalah Pengakap
• Lencana Pengakap (Besi/Kain)
• Barang-barang pengakap yang lain
• Anda dikehendaki mengambil gambar untuk semua barang koleksi anda tersebut.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MmJlNTBlNDEtNjM3OS00ZThmLWE4MjEtNTA1YzY3ZjEwMTYy

[USAHA] Tugasan U8D - Lencana Penunggang Basikal



[USAHA] Tugasan U8D - Lencana Penunggang Basikal

1. Anda dikehendaki menunggang basikal ke sekolah sekurang-kurang dalam tempoh 6 bulan.
• Anda dikehendaki melakarkan peta perjalanan berbasikal anda dari rumah anda ke sekolah.
2. Anda dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut:
• Menukar tiub tayar
• Meletakkan minyak gelincir pada bahagian gerak• Menyerenggara bahagian yang telah karat
3. Anda dikehendaki meneroka tempat baru dengan basikal anda.
• Anda juga perlu melukiskan peta penerokaan anda.
4. Anda dikehendaki menyenaraikan perkara yang penting semasa menunggang basikal.
5. Anda dikehendaki menunjukkan gambar foto anda bersama basikal anda dengan pakaian sukan yang betul.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ZjQ5NDBiOGItZTM4Mi00Y2E1LTg5ZmUtMmU1ZjIwM2MyZjMx&hl=en

Mar 5, 2011

[MAJU] Tugasan M1 - Cita-cita Pengakap


[MAJU] Tugasan M1 - Cita-cita Pengakap

1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat daripada Pemimpin berkenaan Struktur Organisasi Kumpulam, Daerah dan Negeri, kemudian anda dikehendaki melukiskan dan mencatatkan struktur tersebut.
2. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai semua bendera negeri di Malaysia daripada mana-mana sumber seperti laman web, buku teks, buku rujukan, panduan kerajaan dan catatkan maklumat.
• Anda juga dikehendaki melukis dan mewarnakan semua bendera dalam catatan anda.
3. Anda dikehendai mendapatkan maklumat daripada Pemimpin berkenaan Nama Penuh Pesuruhjaya Negeri, Nama Penuh Pesuruhjaya Daerah dan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah.
• Anda dikehendaki mencatatkan dan melampirkan portrait orang yang berkenaan ke dalam catatan anda.
4. Anda dikehendaki menerangkan dan mencatatkan erti-erti Undang-undang Pengakap.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MzNiNjUxYTktZGU0Mi00MTcyLWEwZTctNTRlY2Y3MTlmNWEz

[MAJU] Tugasan M2 - Kecergasan dan Kesegaran Jasmani


[MAJU] Tugasan M2 - Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Asas Perbarisan: luruskan barisan, cepat jalan, hentak kaki, berhenti, belok kanan, belok kiri, tukar langkah dan cepat jalan (semua dalam keadaan bertiga-tiga).
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang M2.
2. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Kawat Tongkat: rusuk tongkat, turun tongkat, kalih tongkat, jinjit, julang tongkat dan bimbit tongkat dengan tongkat.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang M2.
3. Anda dikehendaki melakukan dan melaksanakan Upacara Mengibarkan Bendera dan Menurunkan Bendera setiap kali aktiviti pengakap diadakan atau semasa perkhemahan.
• Lengkapkan Borang M2 untuk membuktikan perlaksanaan anda.
4. Anda dikehendai memanjat tali setinggi 3 meter dan memanjat pokok setinggi 4 meter.
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto kegiatan anda tersebut.
• Lengkapkan Borang M2



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MjhjYzExYTgtMzY1OC00NGE2LWE1OTMtZWRmMzQwZmI1YmZh

[MAJU] Tugasan M3 - Kemahiran Berpengakap 1


[MAJU] Tugasan M3 - Kemahiran Berpengakap 1

1. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Asas Perbarisan: luruskan barisan, cepat jalan, hentak kaki, berhenti, belok kanan, belok kiri, tukar langkah dan cepat jalan (semua dalam keadaan bertiga-tiga).
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang M2.
2. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Kawat Tongkat: rusuk tongkat, turun tongkat, kalih tongkat, jinjit, julang tongkat dan bimbit tongkat dengan tongkat.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang M2.
3. Anda dikehendaki melakukan dan melaksanakan Upacara Mengibarkan Bendera dan Menurunkan Bendera setiap kali aktiviti pengakap diadakan atau semasa perkhemahan.
• Lengkapkan Borang M2 untuk membuktikan perlaksanaan anda.
4. Anda dikehendai memanjat tali setinggi 3 meter dan memanjat pokok setinggi 4 meter.
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto kegiatan anda tersebut.
• Lengkapkan Borang M2



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ZTljNjAxZDgtZTEwZS00NWQ5LWIwMjUtMjc1ZWUwMDc2NGYz

[MAJU] Tugasan M4 - Kemahiran Berpengakap 2


[MAJU] Tugasan M4 - Kemahiran Berpengakap 2

1. Anda dikehendaki membuat masakan rimba bersama ahli patrol anda atau beberapa rakan pengakap di tempat yang sesuai atau semasa aktiviti pengakap. Masakan yang perlu anda masak adalah:
• Nasi
• Roti Lilit
• Ubi Kentang
• Ayam
• Ikan
• Telur
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto semasa anda memasak dan menghidupkan api.
• Melengkapkan borang M4
2. Anda dikehendaki membuat satu model projek perintis yang berbentuk menara, jambatan, pintu gerbang atau mana-mana bentuk.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto bagi model yang siap dibuat.
3. Anda dikehendaki membuat kajian terhadap 6 jenis pokok yang terdapat di sekeliling.
• Anda dikehendaki memasukkan gambar dan butir pokok tersebut.
4. Anda dikehendaki mengadakan lawatan ke Kawasan Bersejarah UNESCO Georgetown semasa menjalani ekspedisi. (Tugasan ini berserentak dengan Tugasan M8 – Ekspedisi)


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NWQ0MTI2ODgtM2MwNy00NzJjLTkwODEtZjc0Y2E0YjA1MDk3

[MAJU] Tugasan M5 - Kemahiran Berpengakap 3


[MAJU] Tugasan M5 - Kemahiran Berpengakap 3

1. Anda dikehendaki berkhemah diluar bersama dengan pengakap lain dalam aktiviti pengakap dan di dalam khemah secara berkumpul sekurang-kurangnya 8 malam.
• Anda dikehendaki menyediakan laporan berkhemah tersebut dan gambar foto untuk membuktikan.
• Melengkapkan borang M5.
• (Jikalau masih, tidak cukup, anda boleh hantar tugasan dahulu dan gantikannya dalam masa setahun)
2. Anda dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah keselamatan semasa berenang dan ketika seorang lemas.
3. Anda dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah keselamatan untuk menjalankan aktiviti berpengakap.
4. Anda dikehendaki meminjam barang-barang berikut daripada bilik stor pengakap ataupun guna semasa aktiviti:
• Dapur gas
• Lampu Minyak Tanah
• Kenopi
• Anda dikehendaki memasang barang tersebut dan menggunakan.
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi barang yang telah siap di pasang.
• Lengkapkan borang M5.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MjcwMGUxMjUtNDQ1NC00YzM0LTgwOTAtMmJlNGRiODY5Y2Vj

[MAJU] Tugasan M6 - Kemahiran Berpengakap 4


[MAJU] Tugasan M6 - Kemahiran Berpengakap 4

1. Anda dikehendaki menyenaraikan jenis-jenis kompas serta gambar berkenaan.
2. Anda dikehendaki menjelaskan apakah Bearing Sudutan, Bearing Sukuan dan Bearing Azimut.
3. Anda dikehendaki menjelaskan sistem kontur dan melukiskannya.
4. Anda dikehendaki menjelaskan apakah rujukan grid dan sistem skala.
5. Anda dikehendaki melukiskan semua kunci peta dan melampirkan satu peta yang memenuhi ciri-ciri peta yang standard.
6. Anda dikehendaki menyenaraikan cara anda mengesan air di dalam hutan, menentukan arah dengan rujukan semula jadi dan jenis-jenis perangkap.
• Anda boleh menunjukkan perkara tersebut dalam bentuk lukisan atau lakaran.
• Anda boleh merujuk kepada buku panduan Iktiar Hidup atau sumber internet.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/=0B6k3lX6jF479ZDMwNGEyMmQtY2E2MC00N2Y1LTllNWQtYzYwY2VkN2I0Mjlj

[MAJU] Tugasan M7 - Perkhidmatan


[MAJU] Tugasan M7 - Perkhidmatan
1. Anda dikehendaki melakukan dengan betul ikatan balutan anduh berikut:
• Membalut bahu
• Membalut siku/lutut
• Membalut pinggang
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi semua balutan yang telah anda buat pada kawan anda.
2. Anda dikehendaki berkerjasama dengan 3 orang kawan yang lain melakukan kerja mengalihkan mangsa. Anda dikehendaki melakukan kaedah berikut:
• Usungan Berseorang – Mendukung
• Usungan Berseorang – Di Tepi
• Usungan Berseorang – Menarik di lantai
• Usungan Berseorang – Mendukung di hadapan
• Usungan Berseorang – Mendukung di bahu
• Usungan 2 Orang
• Usungan 3 Orang
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi semua pergerakan yang telah anda buat pada kawan anda.
3. Anda dikehendaki menyenaraikan tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran, lemas, kejutan elektrik dan kebocoran gas.
4. Anda dikehendaki memberi perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 jam kepada pihak sekolah, komuniti atau di rumah.
• Anda dikehendaki sertakan gambar foto dan laporan anda berkhidmat.
• Lengkapkan Borang M7



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NGM1ZjhkYzQtN2YyYS00MDhhLWI2MzItNGIzODFlNzUyNDUx

[MAJU] Tugasan M8 - Ekspedisi 16KM


[MAJU] Tugasan M8 - Ekspedisi 16KM
ARAHAN DAN TUGASAN
UJIAN PENGEMBARAAN 16KM – LENCANA MAJU


Peraturan Ekspedisi
Undang-Undang Pengakap dan Peraturan Lalulintas merupakan Peraturan Utama Ekspedisi ini . Berpakainan seragam lengkap pengakap adalah diwajiban sepanjang ekspedisi. Imej pengakap hendaklah dijaga. Keselamatan harus diutamakan.

Arahan
Anda dikehendaki membawa bekalan sendiri dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa ujian pengembaraan dijalankan. Anda mestilah menghabiskan perjalanan anda dalam masa 2 hari 1 malam.

Perjalanan Hari Pertama______/_______/__________ (Hari: )
1. Ekspedisi anda bermula dari SMJK Chung Ling Butterworth tepat pada pukul 8.00 pagi. Anda dikehendaki mengambil gambar di pintu besar sekolah itu sebagai bukti.
2. Dari SMJK Chung Ling Butterworth, anda dikehendaki menaiki ke Jeti Butterworth. Setelah anda tiba di Jeti Butterworth, anda dikehendaki menaiki feri menuju ke Pulau Pinang.
3. Apabila anda tiba di Pengkalan Raja Tun Uda (205566), anda dikehendaki mengambil Jalan Pengkalan Weld ke Fort Cornwallis. Anda perlu melawat ke dalam Fort Cornwallis.
4. Selepas itu, anda dikehendaki menuju ke Muzeum Pulau Pinang dengan melalui City Hall, Bangunan Makhamah Pulau Pinang, dan Gereja St. George.
5. Teruskan perjalanan anda ke Khoo Kongsi (185562) dengan menggunakan Jalan Masjid Kapitan Keling. Anda dikehendaki melalui Tokong Kuan Yin Teng, Kuil Sri Mariamman, Masjid Kapitan Keling dan Tokong Tua Pek Kong.
6. Selepas anda melawat ke Khoo Kongsi, anda dikehendaki menuju ke tempat berikut (C1) dengan menggunakan mana-mana jalan yang anda fikir sesuai dengan menggunakan Cross Bearing:
a) 171 dari titik (1654)
b) 100 dari titk (1356)
c) Petunjuk: tempat tersebut adalah dibawah bangunan paling tinggi di Pulau Pinang.
7. Dari C1, anda dikehendaki menuju ke C2 dengan menggunakan Jalan Dato Keramat. C2 adalah Cross Bearing:
a) 265 dari C1
b) 243 dari titik (1554)
c) Petunjuk: tempat tersebut merupakan satu persimpangan jalan dan mempunyai Balai Polis.
8. Dari C2, anda dikehendaki menuju ke arah Barat sehingga anda tiba di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang.
9. Anda akan melalui SMK Methodist Lelaki dan SMK Han Chiang.
10. Perjalanan hari pertama anda berakhir di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang. Sebaik sahaja anda tiba sana, anda dikehendaki mendirikan khemah dan memaklumkan kepada Penguji.

Perjalanan Hari Kedua______/_______/__________ (Hari: )
1. Selepas bangun dan makan sarapan yang dimasak sendiri, pastikan tempat bermalam dan memasak kamu bersih sebelum kamu berlepas untuk perjalanan seterusnya. Dapatkan komen bertulis daripada Pemilik tempat bermalam kamu tentang sikap dan prestasi kamu sepanjang masa kamu bermalam ditempatnya.
2. Dari tempat bermalam, anda dikehendaki menuju ke Taman Bandaran MPPP (Youth Park). Anda akan menggunakan Jalan Scotland, Jalan Utama dan Persiaran Kuari.
3. Apabila anda tiba di Taman Bandaran MPPP, anda dikehendaki menuju ke Taman Bunga (Botanical Garden) dengan melalui Moon Gate dan Pusat Infomasi Pelancongan.
4. Selepas itu, anda dikehendaki menaiki Bas bernombor 10 ke Bagan Jermal dan turun bas sebaik sahaja tiba di sana.
5. Kemudian, anda dikehendaki menggunakan Persiaran Gurney, Jalan Sultan Ahmad Shah untuk pulang ke Pengkalan Raja Tun Uda (205566). Anda akan melalui Gurney Plaza, Wawasan University, KWSP, Hotel E&O.
6. Ekspedisi anda berakhir di Pengkalan Raja Tun Uda (205566). Anda perlu menaiki feri ke Butterworth dan kembali ke rumah masing-masing.
7. Sebaik sahaja ada sampai di rumah anda masing-masing, anda dikehendaki maklum kepada penguji di talian 016-4049965.


Tugasan
1. Dapatkan Kebenaran Bertulis daripada Ibu bapa, Sekolah dan Pemimin Pengakap.
2. Maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah tentang ekspedisi ini dan kebenaran beliau.
3. Sediakan Surat Makluman Ekspedisi untuk ditunjukkan kepada sesiapa yang berkenaan sekiranya perlu semasa ekspedisi dengan ditandatangani oleh pihak Sekolah dan Pemimpin Pengakap.
4. Sediakan laporan bertulis berasakan “apa, di mana, siapa, mengapa, bila, dan bagaimana” dengan kepilkan peta perjalanan. Peta perjalanan hendakalah disediakan dengan jarak 1km sekeping dengan Utara menuju ke atas. Gunakan petunjuk yang sesuai. Nama jalan dan sungai yang dilalui mestilah di masukkan dalam peta. Tanda-tanda tanah (Landmark) hendaklah ditunjukkan dengan jelas.
5. Laporkan bagaimana ekpedisi ini dirancang dan bagaimana tugas diagih di kalangan peserta ekspedisi. Tunjukkan secara lakaran dan bergambar haversack diatur dan barang-barang yang dibawa. (Anda dikehendaki membawa Khemah)
6. Makanan adalah perlu disediakan oleh peserta sendiri dan peserta adalah dilarang makan di gerai atau restoran makanan di sepanjang perjalanan.
7. Maklumkan posisi anda kepada penguji setiap selang 1 jam.
8. Sediakan Akaun Perbelanjaan Ekspedisi anda bersama resit. Setiap peserta tidak boleh berlanja melebihi RM30 seorang. Sila simpan ticket feri, bas dan pas masuk.
9. Sediakan Laporan Cuaca selang 1 jam untuk perjalanan ekspedisi.
10. Sediakan Borang Check Point untuk ditandatangan oleh Pengawai Polis dan Bomba atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai sebagai bukti perjalanan.
11. Lakarkan pendangan luar 2 tokong cina, 2 masjid dan 1 kuil.
12. Ambil gambar yang menunjukkan setiap aktiviti atau peristiwa serta tempat-tempat penting sepanjang ekspedisi anda.
13. Menganggar Ketinggian 2 Bangunan atau Menara yang anda fikir sesuai dan sertakan kaedah peganggaran.


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MTM4NjUyN2ItODBjYi00NjYyLWE2OGQtMGM0NGE1YzJkMjM0

[MAJU] Tugasan M9 - Lencana Ahli Berkhemah



[MAJU] Tugasan M9 - Lencana Ahli Berkhemah
1. Anda dikehendaki berkhemah diluar bersama dengan pengakap lain atau dalam patrol dalam aktiviti pengakap dan di dalam khemah secara berkumpul sekurang-kurangnya 12 malam.
• Melengkapkan borang M9.
• (Jikalau masih, tidak cukup, anda boleh hantar tugasan dahulu dan gantikannya dalam masa setahun)
2. Anda dikehendaki menyertakan gambar foto perkhemahan anda tersebut (dikehendaki terdapat gambaran khemah di dalam).
3. Anda dikehendaki menyenaraikan faktor penting dalam memilih tapak perkhemahan.
4. Anda dikehendaki menyenaraikan faktor penting tentang kebersihan dan keselamatan.
5. Anda dikehendaki menunjukkan bagaimana anda menyimpan makanan semasa perkhemahan (lukiskan gadjet atau cara yang digunakan).
6. Anda dikehendaki memaparkan 3 jenis gadjet yang anda buat semasa Kem Latihan dalam bentuk gambar foto.
7. Anda dikehendaki melampirkan salinan Sijil-sijil atau Surat Pengesahan perkhemahan berkenaan.



Download Document in PDF:
 https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ZGU1ZWJhYTktODU0OS00ZWI3LThhNDEtMmRiNTAzNGE3MTFl

[MAJU] Tugasan M10A - Lencana Ahli Komputer



[MAJU] Tugasan M10A - Lencana Ahli Komputer

1. Anda dikehendaki menghantar email kepada penguji (wongkn@yahoo.com) untuk meminta mendapatkan nota yang berkaitan dalam komputer.
2. Anda dikehendaki mencatatkan dan merumuskan maklumat dalam nota ke dalam catatan anda.
3. Anda dikehendaki menggunakan Microsoft Word, merekakan bentuk satu Sijil Penyertaan bagi aktiviti seperti butir berikut:
 Aktiviti : Kem Latihan Pengakap Ke-19
 Tarikh : 9 Oktober 2008 - 11 Oktober 2008
 Tempat : Kem Syruz, Machang Bubuk
 Ketua Kem : SM Tai Wei Lim
 Guru Penasihat: En Chan Hon Man
 Pen. Kanan Ko-k: En Loh Kooi Cheng
• Dengan merujuk kepada maklumat tersebut, kesemua maklumat perlu ada pada sijil. Anda juga boleh meletakkan reka grafik bagi menceriakan lagi sijil anda.

4. Anda dikehendaki menggunakan Microsoft Excel, mentafsirkan maklumat berikut kepada bentuk carta:



• Maklumat daripada table di atas, anda dikehendaki mentafsirkan maklumat kepada carta:
o Jumlah markah kepada perseorangan
o Markah Bahagian-bahagian kecil kepada perseorangan
o Markah Jumlah Bahagian-bahagian kecil kepada Markah keseluruhan.
5. Anda dikehendaki menggunakan perisian lukisan seperti Paint, Adobe Photoshop, Adobe Firework, Auto CAD, dan lain-lain, untuk melukis perkara berikut:
• Kompas Silva
• Beg haversack
• Salah satu Lencana Kepandaian Pengakap Muda


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MWI0OGJiNTktNmQ2OC00MGU4LWFhZjQtMmJiM2ZkYTc2NmFm

[MAJU] Tugasan M10B - Lencana Tukang Masak



[MAJU] Tugasan M10B - Lencana Tukang Masak

1. Anda dikehendaki menjelaskan makna dan terma bagi Tumis, Cincang, Parut, Seram Kuku, Manis-manis Buah dan sebagainya.
2. Anda dikehendaki menemu-rama ibu anda atau orang tua lain berkenaan teknik masakan. Anda dikehendaki mencatatkan teknik yang diajar oleh mereka.
3. Anda dikehendaki masuk ke dapur dan memasak sendiri serta menghidangkan makanan berikut:
• Nasi putih
• Telur Goreng
• Kari Ayam
• Bihun Goreng
• Sup
• Kangkung Sambal
• Oreng Jus
4. Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi semua lauk-pauk yang telah anda hidangkan.
• Lengkapkan borang M10B



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ZTlhYjc1ODgtY2QxNS00NWQ2LTgxNjktYmJlMmExNWVhY2Q5

[MAJU] Tugasan M10C - Lencana Ahli Elektronik



[MAJU] Tugasan M10C - Lencana Ahli Elektronik

1. Anda dikehendaki menjelaskan makna dan fungsi bagi Battery, Resistor, Capacitor, Inductor, Transistor, Diode, LED dan IC. Anda juga boleh bertanya kepada sesiapa yang kepakaran dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
2. Anda dikehendaki membeli dan mendapatkan komponen-komponen elektronik berikut daripada Kedai Elektronik di Kampung Benggali:
• 9V Battery
• 470 Resistor
• 2.2K Resistor
• 50K Variable Resistor
• 10uF Capacitor
• 1uF Ceramic Capacitor
• 10uF Inductor
• 2N2222 NPN Transistor
• 1N4001 Diode
• Red LED
• White LED
• IC Regulator 7805
• IC 555
• Ambil gambar foto bagi kesemua komponen.
3. Anda dikehendaki mencari litar berikut daripada sumber internet:
• Simply DC voltage
• Linear Power Supply
• Blinking LED Circuit
• Simple Radio Circuit
4. Anda dikehendaki memasang litar di bawah di atas Breadboard untuk tujuan menguji dan memateri (solder) pada PCB setelah siap.

• Ambil gambar litar yang telah dipasang tersebut
















Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479N2JiZWUzN2YtNmI1Ny00ZjQ0LWFiZmMtMTdlZTA0NzIxNGNi

[MAJU] Tugasan M10D - Lencana Pehubungan



[MAJU] Tugasan M10D - Lencana Pehubungan

1. Anda dikehendaki belajar serta memahami segala maklumat tentang Radio Amatuer dan menduduki Ujian Radio Amatuer (Radio Amateur Examination) yang dikendalikan oleh Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
2. Anda dikehendaki lulus ujian tersebut dan mendapatkan callsign persendirian.
3. Anda dikehendaki menghubungi penguji 9W2KNW menerusi Repeater RBB dengan protocol yang betul dan juga Ham yang lain.
4. Anda dikehendaki menghantar imej dengan menggunakan SSTV pada saluran V22 kepada penguji 9W2KNW.
• Lengkapkan borang M10D
• Lampirkan Lesen AA



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NDk3NzY0MDktZGFhNS00ZjA3LWFmNDgtMDVhYTA5YzFmMDFj

[MAJU] Tugasan M11 - Lencana Ahli Pertolongan Cemas



[MAJU] Tugasan M11 - Lencana Ahli Pertolongan Cemas

1. Anda dikehendaki menghadiri ke Kursus Pertolongan Cemas peringkat rendah yang diadakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulans, Pertahanan Awam atau mana-mana badan perubatan yang diiktiraf.
2. Anda dikehendaki mencatatkan perkara yang anda pelajari merangkumi:
• Susunan Anggota Jasmani
• Urat Nadi
• Balutan anduh
• Rawatan shock
• Rawatan tulang patah
• CPR
3. Anda dikehendaki melampirkan gambar foto semasa anda menghadiri kursus.
4. Anda dikehendaki melampirkan sijil atau surat pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.
• Lengkapkan borang M11



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479OTIyNjA0ZWQtNmQ4NC00Y2VkLWJkMTUtYWNhNTUyYWVhMGEw

[MAJU] Tugasan M12A - Lencana Kuartermaster



[MAJU] Tugasan M12A - Lencana Kuartermaster
1. Anda dikehendaki membantu kuartermaster kumpulan selama 6 bulan secara berturut-turut (sekurang-kurang membantu sebulan sekali).
• Anda dikehendaki melaporkan tugas apa yang anda melakukan.
• Anda dikehendaki melampirkan gambar foto tentang pertolongan anda tersebut.
• Lengkapkan borang M12A
2. Anda dikehendaki menerangkan kaedah penjagaan barang berikut:
• Tali manila
• Khemah
• Alatan (Parang, Gergaji, Kapak, Takal, Lampu Minyak Tanah)
• Jelaskan dengan bantuan lukisan.
3. Anda dikehendaki menerangkan cara anda menyimpan rekod alatan dengan mudah dan berkesan serta catatan keluar dan masuk supaya aliran peralatan dapat dikesan.
4. Anda dikehendaki menerangkan sistem Kod yang digunakan di dalam bilik stor pengakap.
5. Anda dikehendaki menerangkan cara menyimpan dokumen penting seperti Log Kumpulan bersejarah, gambar foto dan carta-carta.
6. Anda dikehendaki menyenaraikan anggaran harga bagi barangan berikut:
• Kapak
• Parang
• Gergaji Tangan
• Golok
• Khemah Army
• Khemah Dome
• Takal Seroda
• Takal 2 Roda
• Dapur Gas
• Tali Manila (10 meter)
• Lampu Minyak Tanah



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MTVjMjY5ZTgtMWY1Yi00YzYwLTk1NTEtMDAwZTM2NmFlMWEy

[MAJU] Tugasan M12B - Lencana Ahli Komuniti



[MAJU] Tugasan M12B - Lencana Ahli Komuniti
1. Anda dikehendaki melawat ke balai polis yang berdekatan.
2. Anda dikehendaki medapatkan maklumat berikut daripada pihak polis:
• Organisasi jabatan polis dan struktur jawatan / pangkat
• Bahagian yang terdapat dI Jabatan Polis
• Mengetahui jenis perhubungan (seperti radio dan “walkie-talkie”), sistem kecemasan dan kod fonetik yang digunakan.
• Tugas anggota polis amnya dan pembanterasan jenayah khasnya
3. Anda dikehendaki melengkapkan borang pengesahan M12B di bawah dengan mendapatkan tandatangan Ketua Balai Polis.
4. Anda dikehendaki mengambil gambar foto dengan pegawai yang memberi taklimat kepada anda.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MmQ0Zjk3MjEtMjIzNi00ZGY1LThjMzEtMWRkODJlMTkwMzMz

[MAJU] Tugasan M12C - Lencana Pemelihara



[MAJU] Tugasan M12C - Lencana Pemelihara
1. Anda dikehendaki menerangkan sebab Pemeliharaan Alam Sekitar perlu dilaksanakan.
2. Anda dikehendaki menerangkan perkara berikut:
• Sebab Pencemaran Air
• Hubungan Haiwan, Tumbuhan dengan Manusia
3. Anda dikehendaki menggunakan beg kitaran guna semasa membeli belah.
4. Anda dikehendaki menjalankan kerja pembahagian sampah di rumah sendiri
• Membahagikan sampah boleh dikitar dan tidak boleh dikitar
• Mengambil gambar tentang pembahagian sampah tersebut
5. Anda dikehendaki membuat enzim organik daripada sampah atau buah-buahan buangan.
6. Anda dikehendaki menghadiri dan menyertai Projek Pemeliharaan Alam Sekitar.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MTQ1OGQ4NDQtMmZlMC00ZDM1LTlmY2QtOTE5ZGU5Mjg3OTEw

[MAJU] Tugasan M12D - Lencana Pemadam Api



[MAJU] Tugasan M12D - Lencana Pemadam Api
1. Anda dikehendaki menyertai pasukan bomba sukarela tempatan sekurang-kurang 6 bulan.
2. Anda dikehendaki menghadiri ke kursus bomba yang diberikan oleh badan yang diiktiraf dengan pasukan bomba sukarela anda. Kursus tersebut hendaklah merangkumi:
• Pencegahan Api
• Faktor kebakaran berlaku
• Jenis Api
• Kelas Kebakaran
• Penggunaan Alat Pemadam Api
• Jenis Alatan Penyelamat
• Operasi Jentera Penyelamat
• Pelan Tindakan Kebakaran
3. Anda dikehendaki menyertai sekurang-sekurangnya sekali dalam Operasi Penyelamat Kebakaran dibawah bimbingan anggota bomba kanan.
• Anda dikehendaki melaporkan operasi anda tersebut. Jika boleh, lampirkan gambar.
4. Anda dikehendaki mendapat pengiktirafan secara bertulis daripada Pasukan Bomba Sukarela Tempatan yang anda sertai.
• Lengkapkan Borang M12D



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479MGZjYjgxN2MtNGEzYS00YWI0LWFhOGYtMTZjMGZkMzc3YTRk

Feb 5, 2011

[JAYA] Tugasan J1 - Cita-cita Pengakap


[JAYA] Tugasan J1 - Cita-cita Pengakap

1. Anda dikehendaki menlukiskan carta organisasi Ibu Pejabat PPM, Asia Pasifik dan WOSM.
• Anda juga dikehendaki menerangkan sejarah tertubuhnya WOSM dan dimanakah Ibu Pejabat WOSM sekarang.
2. Anda dikehendaki menerangkan sejarah tertubuhnya Malaya sehingga ke Malaysia.
3. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai Jata Malaysia dan Jata Pulau Pinang daripada mana-mana sumber seperti laman web, buku teks, buku rujukan, panduan kerajaan dan catatkan maklumat.
• Anda juga dikehendaki melukis dan mewarnakan kedua-dua jata dalam catatan anda.
4. Anda dikehendaki menerangkan dan mencatatkan fungsi dan tugas Dewan Undangan Negeri dan bagaimana ia dikerusikan.
5. Anda dikehendai mendapatkan maklumat daripada Pemimpin berkenaan Nama Penuh Ketua Pengakap Negara, Nama Penuh Ketua Pesuruhjaya Negara.
• Anda dikehendaki mencatatkan dan melampirkan portrait orang yang berkenaan ke dalam catatan anda.


Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479ZDIzOTczM2EtZWRhNS00MWIyLWI0N2QtN2IyNmY5Y2Y4Y2Fh

[JAYA] Tugasan J2 - Kecergasan dan Kesegaran Jasmani


[JAYA] Tugasan J2 - Kecergasan dan Kesegaran Jasmani

1. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Asas Perbarisan: hormat semasa berjalan (hormat ke kanan dan hormat ke depan), belakang pusing semasa berjalan, hormat menerima sijil.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang J2.
2. Anda dikehendaki mengetahui dan melakukan Latihan Kawat Tongkat: berjalan dalam keadaan bertongkat.
• Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan.
• Melengkapkan borang J2.
3. Anda dikehendaki melalui dengan jayanya dua jenis halangan komando yang disediakan. Jenis-jenis halangan ialah : deadman crawl dan melalui titi komando.
• Gambar foto berkenaan aktiviti anda hendak dimasukkan.
• Melengkapkan borang J2.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B6k3lX6jF479MDE1NzQ4ZmMtYTRkNC00N2I3LTg3NjctODc4MTQyMDM5YjNk&hl=en

[JAYA] Tugasan J3 - Kursus Kepimpinan Ketua Patrol


[JAYA] Tugasan J3 - Kursus Kepimpinan Ketua Patrol

1. Anda dikehendaki menghadiri ke Kursus Kepimpinan ketua Patrol yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang.
2. Anda dikehendaki melampirkan Buku Log dan Catatan Kursus Kepimpinan Ketua Patrol anda ke dalam tugasan ini.
3. Anda dikehendaki melampirkan gambar foto anda semasa berada di Kursus Kepimpinan Manikayu.
4. Anda dikehendaki melampirkan sijil penyertaan kursus tersebut.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479NDgzZTUwYWItMjFiYS00YTQ2LWI2MGYtYzBkZmJjMjRmMDMx

[JAYA] Tugasan J4 - Kepimpinan


[JAYA] Tugasan J4 - Kepimpinan

1. (Untuk Yang Menjadi Ketua Patrol Pengakap Muda) Anda dikehendaki dilantik sekurang-kurang 6 bulan dan mengemukakan buku log patrol anda.
• Lengkapkan borang J4.
(Untuk Bukan Ketua Patrol) Anda dikehendaki melatih 2 orang baru dari Lencana Keahlian sehingga ke Lencana Maju.
• Anda dikehendaki mengemukakan biodata ahli yang anda dilatih.
• Anda dikehendaki menyertakan rekod kemajuan kedua-dua ahli tersebut.
• Tempoh anda melatih hendak mengambil masa sekurang-kurang 6 bulan.
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto anda melatih kedua-dua ahli tersebut.
2. Anda dikehendaki menjalankan atau menyertai mesyuarat ketua patrol bersama Ketua Patrol Pengakap Muda yang lain.
• Sertakan minit mesyuarat
• Lengkapkan borang J4.
3. Anda dikehendaki merancang pengembaraan (tugasan U7 atau M8) untuk ahli patrol anda atau orang yang mengembara bersama anda.
• Lengkapkan borang J4.



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479OWQ3NDc5YWQtMzE1Yy00OGM5LTg4OWQtYTliMTQwZDkyODky

[JAYA] Tugasan J5 - Kejayaan


[JAYA] Tugasan J5 - Kejayaan
1. Anda dikehendaki mendaki bukit bersama rakan anda atau ahli keluarga. (sama ada Bukit Tokun, Bukit Bendera atau mana-mana bukit)
• Anda dikehendaki menyediakan laporan pendakian anda.
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto dari puncak bukit.
2. Anda dikehendaki menyenaraikan Kod Fonetik Antarabangsa dari A-Z.
3. Anda dikehendaki menjalankan kerja pemeliharaan alam sekitar dengan tidak menggunakan sebarang beg plastic dan menggunakan berkas bungkusan membeli barang dalam masa sebulan.
• Lengakapkan borang J5
4. Anda dikehendaki membuat persembahan dalam bentuk nyanyian, lakonan, tarian atau pengacaraan semasa Malam Unggun Api.
• Lengkapkan borang J5



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479OGZmNDFkZjctNWFlYS00MzY0LWEzZjUtODliMzdkODEzY2Jk

[JAYA] Tugasan J6 - Kemahiran Berpengakap


[JAYA] Tugasan J6 - Kemahiran Berpengakap

1. Anda dikehendaki menunjukkan cara membawa bendera dalam posisi berkibar, tanpa berkibar dan di bahu
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi setiap posisi tersebut.
2. Anda dikehendaki membuat satu Papan Ikatan yang bersaiz tidak melebihi 2kaki x 2kaki yang terkandung ikatan berikut serta fungsi:
• Simpul abah-abah (manharness knot)
• Lilit tindih kenjap (rolling hitch)
• Simpul ngah (middleman’s knot)
• Tindih kasih air (water bowline)
• Ikatan pengail (fisherman’s hitch)
• Lilitan tong (barrel hitch)
• Sambatan mata (eye splice)
• Lilitan kacang/ular (floorstrokesnake lashing)
• Ikatan silang tungku (tripod lashing)
• Anda dikehendaki mengambil gambar papan yang siap tersebut
3. Anda dikehendaki mendirikan satu pondok sementara dengan menggunakan groundsheet atau poncho yang mampu bertahan semalam.
• Anda dikehendaki mengambil gambar foto bagi pondok yang siap dibina.
• Lengakapkan borang J6
4. Anda dikehendaki melibatkan diri dalam kerja pembinaan pintu gerbang untuk Majlis Unggun Api tahunan.
• Anda dikehendaki mengambil gambar bagi pintu gerbang yang siap dibina tersebut.
• Lengkapkan borang J6



Download Document in PDF:
https://docs.google.com/file/d/0B6k3lX6jF479Mzk0MjAyNWMtZDM2YS00OGU1LWJiYWYtNjNkOTg0ZTdiOWYz